KOTA KINABALU: Soal kerjasama yang dibangkitkan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) kepada parti pembangkang sebelum ini adalah lebih kepada kerjasama untuk membangunkan Sabah serta meningkatkan ekonomi rakyat yang terjejas susulan pandemik COVID-19.
Timbalan Pengerusi I Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan kerjasama yang dinyatakan itu bukannya kerjasama untuk membentuk kerajaan negeri baharu.
Justeru, beliau meminta pembangkang di negeri itu supaya tidak memanipulasi istilah kerjasama yang dinyatakan PBS itu sebagai kerjasama politik.
"Malah kami dalam GRS bersedia menjalin kerjasama dalam idea dan pandangan membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, walaupun kerajaan negeri ditadbir oleh GRS, ia tidak bermakna kerajaan tidak mendengar pandangan serta cadangan daripada pembangkang yang boleh membawa kebaikan untuk negeri dan kesejahteraan rakyat.
"Kami tidak menutup pintu. Setiap input baik dan saranan positif daripada pembangkang akan kami dengar dan memperhalusinya," kata Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu pembentukan kerajaan negeri baharu mengaitkan antara kerjasama PBS dan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang hangat diperkatakan termasuk di media sosial.
GRS merupakan gabungan daripada parti dalam Perikatan Nasional (Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku - Star, Parti Progresif Sabah - SAPP dan Pas); BN (UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan PBS.
Bung Moktar menyifatkan isu itu hanyalah sebagai khabar angin yang cuba dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan rakyat.
Menurutnya, tidak mungkin berlaku pertukaran kerajaan baharu kerana perjanjian antara gabungan parti dalam GRS telah dimeterai sebelum ini dalam usaha memastikan kestabilan politik Sabah.
"Kerjasama boleh wujud dalam banyak bentuk dan tidak semestinya bergabung untuk membentuk jajaran parti politik baharu," katanya, sambil meminta rakyat Sabah agar tidak terpengaruh dengan propaganda dimainkan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mencipta isu demi kepentingan politik mereka.
Baru-baru ini, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan hasrat menjalin kerjasama dengan PBS dan parti nasional lain di Semenanjung bagi membina sebuah negara lebih baik untuk rakyat.
Susulan daripada itu, Presiden PBS Datuk Seri Maximus Ongkili menyambut baik hasrat berkenaan dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik tempatan termasuk Warisan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021
Bung Moktar menegaskan kerjasama yang dinyatakan itu bukannya kerjasama untuk membentuk kerajaan negeri baharu. - fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.
Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.
PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.
PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.
Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.
Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah
Ia juga dijangka akan mengenepikan sentimen anti-Malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan.