Harga semasa jualan air mentah kepada Singapura adalah sangat tidak adil dan ia perlu disemak semula, tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kami sudah cuba berunding (pada 1962), Singapura enggan. Malah Singapura enggan membawa kes ke mahkamah.
“Singapura membeli air pada kos RM0.03 untuk seribu gelen dan menjual kembali air dirawat kepada Malaysia pada nilai AS$60 untuk jumlah yang sama.
“Ini tidak masuk akal pada masa kini. Adakah harga tidak pernah berubah sejak 1926? Harga ini mungkin boleh diterima pada ketika itu, namun kini ia tidak boleh diterima," katanya ketika menjawab soalan salah seorang peserta ketika berucap di Kesatuan Oxford pada Jumaat.
Peserta dari Singapura itu sebelum itu bertanyakan tentang tindakan kerajaan Malaysia yang dipimpin Tun Mahathir kini didakwa seolah-olah mahu mengulangi diplomasi berkonfrontasi dengan Singapura.
Tambah Tun Mahathir, Malaysia akan terus berpegang kepada prinsip ini kerana Singapura telah menikmati keuntungan sejak sekian lama dari hasil harga air yang terlalu rendah.
“Kos rawatan air adalah sangat rendah jadi Singapura menikmati untung besar.
“Saya benci untuk bercakap perkara ini secara terbuka, saya lebih suka beritahu kepada pemimpin Singapura, tetapi memandangkan soalan ini ditanya, saya beritahu harga ini adalah sangat tidak adil,” tegas Mahathir.
Beliau menambah Malaysia hanya mahukan penetapan harga baharu yang lebih adil dan bukannya meminta harga yang terlalu rendah.
Najib Aroff
Sat Jan 19 2019
Kata Tun Mahathir Malaysia akan terus berpegang kepada prinsip ini kerana Singapura telah menikmati keuntungan sejak sekian lama dari hasil harga yang terlalu rendah. - Foto Astro AWANI
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Rundingan air Malaysia dan Singapura perlu diteruskan - Saifuddin
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, rundingan semakan harga air mesti diteruskan, kerana Malaysia merasakan ia terlalu rendah dan tidak berpatutan.
PM akan bincang harga air di Singapura 12 November ini
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan membincangkan isu berhubung semakan harga air mentah dengan Singapura pada 12 November ini.
Singapura tegas tidak runding harga air
Jawapan Teo adalah "tidak' dan timbalan perdana menteri Singapura itu tidak mengulas lanjut.
Singapura nyatakan pendirian terhadap perjanjian air
Kedudukan ini dinyatakan dalam kenyataan Parlimen oleh Menteri Hal Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan pada 9 Julai 9, 2018.