MALAYSIA
Isu buli IPT, Program Jualan Rahmah MADANI jadi tumpuan sidang Dewan Rakyat

Sidang Dewan Rakyat kali ini dijadualkan berlangsung selama 24 hari sehingga 28 Ogos. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu buli di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), serta pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM), menjadi antara topik utama yang dibincangkan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Ringkasan AI
- Ahli Parlimen Alor Setar membangkitkan persoalan mengenai langkah Kementerian Pendidikan Tinggi dalam menangani kes buli di IPTA dan IPTS.
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dijadualkan menjawab soalan berkaitan strategi pelaksanaan dan sasaran penerima manfaat daripada peruntukan RM600 juta untuk PJRM.
- Ahli Parlimen Bangi meminta penjelasan Perdana Menteri mengenai status penubuhan Ombudsman Malaysia, manakala sidang diteruskan dengan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 hingga 28 Ogos.
Dalam sesi soal jawab lisan, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, turut meminta penjelasan mengenai jumlah sebenar rakyat yang disasarkan untuk menerima manfaat langsung daripada program tersebut.
Turut dibangkitkan dalam sidang hari ini ialah isu penubuhan Ombudsman Malaysia.
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, meminta Perdana Menteri menyatakan hasil keputusan kerajaan susulan sesi libat urus menyeluruh dengan pihak berkepentingan, serta langkah-langkah seterusnya yang dirancang bagi mempercepatkan pelaksanaannya.
Selepas sesi soal jawab, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 31 Julai lalu.
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, sesi perbahasan RMK13 akan berlangsung selama lapan hari bermula 4 hingga 14 Ogos, diikuti sesi penggulungan selama empat hari dari 18 hingga 21 Ogos.
Sidang Dewan Rakyat kali ini dijadualkan berlangsung selama 24 hari sehingga 28 Ogos.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami