MELAKA: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pekerja restoran makanan segera berhubung isu tular 10 peket sos cili dalam kejadian di sebuah restoran makanan segera di Ayer Keroh pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan polis itu dibuat pengadu berusia 19 tahun di Balai Polis Ayer Keroh pada Selasa, susulan insiden yang berlaku lebih kurang antara jam 10 hingga 11 malam di restoran makanan segera terbabit.
Menurutnya, pengadu membuat laporan polis kerana berasa terancam dan risau tentang keselamatan dirinya.
"Ini kerana lelaki tersebut telah membuat rakaman video yang terjadi dan tujuan laporan polis dibuat untuk merujuk kepada pihak syarikat.
"Bagaimanapun, tiada kecederaan mahupun kerugian yang berlaku dan kes disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan McDonald’s Malaysia membuat laporan polis berhubung kejadian pekerja mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan yang tular baru-baru ini.
Menurut McDonald’s Malaysia, hasil siasatan dalaman dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat kesilapan awal di pihaknya yang memberikan jumlah sos cili tidak mencukupi.
Bagaimanapun, pekerja tersebut kemudiannya menyediakan peket sos cili tambahan dengan segera apabila diminta oleh pelanggan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 27 2023
Menurut Christopher, pengadu membuat laporan polis kerana berasa terancam dan risau tentang keselamatan dirinya. - Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Isu caj sos cili peket: Pekerja McDonald's buat laporan polis
Polis menerima laporan daripada seorang pekerja restoran makanan segera berhubung isu tular caj 10 peket sos cili.