PERSATUAN Bolasepak Sarawak (FAS) menggesa Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam, meletak jawatan berikutan isu denda yang dikenakan ke atas persatuan itu.
Presidennya, Datuk Posa Majais, menegaskan hukuman pemotongan geran tahunan ke atas skuad Ngap Sayot itu dan enam pasukan lain seperti tindakan menutup kelemahan badan pentadbir Liga Malaysia itu.
"Kami kesal dengan tindakan Kevin ke atas FAS. Saya agak hairan mengapa perkara sebegini perlu berlaku dan saya menggesa beliau meletak jawatan," kata Posa.
MFL mendenda tujuh pasukan Liga Malaysia, termasuk Sarawak, dengan memotong 50 peratus daripada jumlah geran bagi musim 2019 kerana gagal mematuhi tarikh akhir pendaftaran pasukan pada 31 Disember lalu.
Pasukan yang didenda adalah Kuala Lumpur, Felda United FC dan Melaka yang beraksi dalam Liga Super manakala Kelantan, PDRM, Sarawak dan Pulau Pinang yang bermain dalam Liga Perdana.
Baca: Felda United kemuka rayuan kepada MFL.
Selain itu, Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, PDRM dan Sarawak turut dikenakan sekatan perpindahan bagi jendela perpindahan kedua bermula pada 2 Mei ini kerana mengulangi kesalahan sama seperti tahun lalu.
Lima pasukan itu dan Melaka diwajibkan menyerahkan dokumen/pelan yang menunjukkan kestabilan kewangan pasukan, jumlah pendapatan pasukan bagi musim 2019 dan bukti serta dokumen yang menunjukkan semua tunggakan hutang telah diselesaikan dalam tempoh 30 hari daripada pengumuman itu dibuat, iaitu pada atau sebelum 5 petang 22 Mei ini kepada MFL.
Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan pemotongan sebanyak tiga mata.
Astro Arena
Thu Apr 25 2019
Datuk Posa Majais gesa Kevin Ramalingam (gambar) letak jawatan susulan isu denda yang dikenakan ke atas Sarawak. - Foto Stadium Astro.
Suspek tikam ibu guna gunting hingga mati direman tujuh hari
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, polis akan menjalankan soal siasat terhadap suspek untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.
Lebih 2 jam hantar lembu, kambing naik bot ke Pulau Perhentian
Haiwan berkenaan akan melalui perjalanan sejauh kira-kira 34 kilometer dari jeti di Kampung Air Tawar, Kuala Besut.
1.8 juta umat Islam dunia tunai ibadat haji tahun ini
Seramai 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadat haji tahun ini.
Menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi, daripada jumlah itu sebanyak 958,137 jemaah terdiri daripada lelaki manakala 875,027 adalah jemaah wanita.
Menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi, daripada jumlah itu sebanyak 958,137 jemaah terdiri daripada lelaki manakala 875,027 adalah jemaah wanita.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada semua insan bergelar bapa bersempena Hari Bapa yang disambut hari ini.
Ops Khas HRAA 2024: Lebih 47,000 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan JPJ
Sejumlah 47,003 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh JPJ menerusi Ops Hari Raya Aidiladha 2024 yang dilaksanakan selama empat hari.
Trafik sesak menuju Kelantan menjelang Hari Raya Aidiladha
Trafik sesak di pintu masuk Gua Musang menjelang Hari Raya Aidiladha. Jumlah kenderaan meningkat setiap jam sejak petang Jumaat.
Aliran trafik di lebuh raya utama terkawal
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal pagi ini susulan warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 10 pagi, kenderaan dilaporkan kian meningkat di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) namun perjalanan trafik masih lancar.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 10 pagi, kenderaan dilaporkan kian meningkat di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) namun perjalanan trafik masih lancar.
Ibu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, meninggal dunia
Menteri Pendidikan, Fahdlina Sidek kehilangan ibunya, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor yang kembali ke rahmatullah, hari ini.
Menurut kenyataan yang dikongsi pejabat beliau di akaun media sosial, Allahyarham Dr Siti Zalikhah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 pagi tadi.
Menurut kenyataan yang dikongsi pejabat beliau di akaun media sosial, Allahyarham Dr Siti Zalikhah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 pagi tadi.
1,088 permit sembelihan luar dikeluarkan di N.Sembilan sempena Aidiladha
Ia membabitkan 2,233 lembu, 488 kambing atau bebiri dan 56 kerbau.
Aidiladha: Pasar Besar Siti Khadijah sesak, ramai beli keperluan saat akhir, trafik lancar
Orang ramai mula memasuki perkarangan pasar seawal 7 pagi untuk membeli bahan mentah.
Isu denda MFL: Kevin perlu letak jawatan - Posa
Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menggesa Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam meletak jawatan berikutan isu denda yang dikenakan ke atas persatuannya.