Susulan persoalan yang ditimbulkan beberapa pihak berhubung wang derma berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi perdana menteri, Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad tampil memberikan jawapan.
Antara yang menarik perhatian beliau ialah 15 persoalan yang diajukan ahli parlimen belia yang juga anak kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin, Akmal Saufi Mohamed Khaled yang mahukan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana tersebut.
Menerusi akaun Facebook peribadinya, Akmal Saufi meminta Najib untuk menjelaskan sama ada wang derma berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah untuk kegunaan kerajaan, UMNO ataupun peribadi.
Akmal Saufi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-Undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia bertanya soalan tersebut selepas hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dana RM2.6 bilion itu bukan dari wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Berikut adalah jawapan Shahrir berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan juga mengenai isu 1MDB sepertimana disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini:
1. Ketika Perdana Menteri menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?
Jawapan: Bukan sahaja Perdana Menteri tahu tapi Bank Negara pun tahu.
2. Apakah bukti duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?
Jawapan: Penyiasatan telah dijalankan. 1MDB pernah menafikan ada duitnya yang dimasukkan ke dalam akaun dana politik Perdana Menteri, Presiden Umno ataupun Pengerusi Barisan Nasional (BN).
3. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan kepada kerajaan dan adakah untuk UMNO atau tujuan peribadi?
Jawapan: Untuk politik, iaitu UMNO dan BN.
4. Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepemimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi mengetahui tentang derma itu?
Jawapan: Selama saya dalam Majlis Tertinggi UMNO atau Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi dan perhubungan negeri.
5 Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui, adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?
Jawapan: Sama seperti jawapan bagi soalan keempat.
6. Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?
Jawapan: Sama seperti jawapan bagi soalan keempat.
7. Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Datuk Seri menerimanya ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?
Jawapan: Perdana Menteri sudah menyatakan derma itu bukan untuk peribadi.
8. Bolehkah seorang menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?
Jawapan: Adakah Menteri Besar dilarang mencari dana politik?
9. Adakah duit derma tersebut perlu diisytiharkan kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?
Jawapan: Sejak bila derma politik dan dana politik perlu didedah kepada semua pihak. Namun, keadaan ini boleh diubah dengan undang-undang supaya dana politik harus telus. Buat masa ini, tidak ada undang-undang lagi. Saya sokong diadakan kerangka undang-undang untuk dana politik sesuai dengan transformasi yang dicadangkan di bawah program transformasi kerajaan.
10. Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?
Jawapan: Tentulah Bank Negara sedar dan tahu tentang pergerakan duit ini.
11. Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Datuk Seri?
Jawapan: LHDN tentunya sedar kerana penderma tidak dikecualikan dari cukai pendapatan tetapi penerima tidak kena bayar cukai ke atas derma yang diterima.
12. Jika ya, adakah Datuk Seri telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
Jawapan: Sama seperti jawapan bagi soalan ke-11
13. Adakah seorang Perdana Menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
Jawapan: Elaun menteri, Perdana Menteri dan menteri besar tidak dikecualikan daripada cukai, yang dikecualikan cukai pendapatan ialah elaun wakil rakyat sahaja.
14. Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengecualian tersebut kepada gaji Perdana Menteri atau apa saja derma yang diterima beliau?
Jawapan: Derma politik tidak dikenakan cukai tetapi penderma tidak dikecualikan dari cukai. Hanya selepas 1 April 2015, derma lebih dari RM500,000 dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi tidak jelas sama ada derma politik dikecualikan.
15. Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?
Jawapan: Tidak ada siapa pun yang mengatakan derma itu untuk tujuan kerajaan. Jadi tidak timbul soalan ini.
Astro Awani
Sat Aug 08 2015
SHAHRIR: Selama saya dalam Majlis Tertinggi Umno atau Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi dan perhubungan negeri. -Gambar fail
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Isu derma RM2.6 bilion: Shahrir jawab 15 soalan dikemuka anak MB Johor
Berikut adalah jawapan Shahrir berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan juga mengenai isu 1MDB.