awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu dua hala, kepentingan bersama disentuh dalam pertemuan PM dan Presiden Singapura

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
21/03/2023
14:59 MYT
Isu dua hala, kepentingan bersama disentuh dalam pertemuan PM dan Presiden Singapura
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob, yang berada dalam lawatan negara ke Malaysia. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob, yang berada dalam lawatan negara ke Malaysia.
Dalam perkongsiannya di Facebook, Anwar berkata ini adalah merupakan pertemuan kedua beliau bersama Presiden Republik itu.
"Hari ini (Selasa) saya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas PYT Halimah Yacob, Presiden Republik Singapura di Kuala Lumpur.
"Ini merupakan pertemuan kedua saya bersama Presiden Republik Singapura selepas lawatan rasmi saya ke Republik tersebut pada 30 Januari 2023 yang lalu," katanya.
Dalam pertemuan yang dilangsungkan di sebuah hotel di ibu negara, isu-isu berkenaan hubungan bilateral dua negara berkenaan disentuh oleh kedua-dua pemimpin itu.
Ini termasuk isu yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara.
Kunjungan hormat tersebut turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Halimah akan berada di Malaysia sehingga esok.
Ini merupakan lawatan negara yang pertama oleh Presiden Singapura sejak 2013.
Terdahulu, Halimah diberi sambutan negara di Istana Negara sempena lawatan negara sulungnya ke Malaysia selama tiga hari bermula Isnin.
Ketibaan beliau dan suami, Mohamed Abdullah Alhabshee pada pukul 11 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#kunjungan hormat
#Presiden Singapura Halimah Yacob
#Hubungan Malaysia Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan