awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu FFM28: Rahman Dahlan minta FINAS, PFM perhalusi keputusan

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2016
15:50 MYT
Isu FFM28: Rahman Dahlan minta FINAS, PFM perhalusi keputusan
ABDUL RAHMAN: Pembahagian kategori utama mengikut bahasa akan membunuh industri perfileman.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) perlu mengkaji semula keputusan berhubung pembahagian kategori utama mengikut bahasa pada Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pada pandangannya, tindakan itu hanya akan membunuh industri yang sepatutnya mereka selamatkan.
Dalam tweetnya, Datuk Abdul Rahman berkata, sepatutnya pemain industri kreatif yang menerajui pembangunan industri itu, bukan sebaliknya.
BACA: FFM - Tiada beza filem Bahasa Malaysia atau Bukan Bahasa Malaysia - KP Finas
Beliau mengulas kontroversi FFM28 yang disifatkan bercanggah dengan agenda perpaduan negara.
I hope Finas and PFM will reverse their decision because it seems to me they are killing the very industry they are trying to save.
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) August 7, 2016
There is no place for language profiling in creative industry. Don't use it to curtail their creativity. Let them be & see the spark!
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) August 7, 2016
Ola Bola & Jagat are epitome of hard work, creativity & passion of Malaysians. To Finas & PFM... Lighten up please!
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) August 7, 2016
Penganjuran anugerah berprestij FFM28 mencetus kejutan tahun ini apabila buat kali pertama, pencalonan bagi filem terbaik, pengarah terbaik dan lakon layar terbaik dibahagikan kepada dua iaitu bagi 'filem dalam bahasa malaysia' dan 'filem bukan dalam Bahasa Malaysia'.
Ini bermakna, dua kategori baharu diumumkan bagi persaingan trofi kali ini iaitu 'Pengarah Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia terbaik' dan 'Lakon Layar Filem Bukan Bahasa Malaysia Terbaik'.
Pada penganjuran FFM27 lalu, kategori 'Filem Bukan Bahasa Malaysia Terbaik' telah mula diperkenalkan, dan menyaksikan filem The Journey membawa pulang anugerah tersebut.
Antara penggiat seni yang bersuara tentang isu ini adalah pengarah dan pelakon Afdlin Shauki.
Katanya, senario dunia perfileman Malaysia sudah banyak berubah dengan penglibatan pembikin filem bukan Melayu.
BACA: Boikot FFM28 - Netizen sokong pendirian Afdlin Shauki BACA: Saya hormat identiti kebangsaan saya - Afdlin Shauki
Beliau berhasrat untuk memboikot FFM28.
Dalam status di Facebook, kata Afdlin, dia berbuat demikian kerana berpendapat berlakunya ketidakadilan dalam pengiktirafan karya seni di FFM.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#anugerah
#Festival Filem Malaysia 28
#FFM28
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan