awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu FGV: Zakaria, Isa dijangka tampil beri keterangan di SPRM petang ini

Shuhami Zabri
Shuhami Zabri
07/06/2017
04:50 MYT
Isu FGV: Zakaria, Isa dijangka tampil beri keterangan di SPRM petang ini
Tan Sri Isa (kiri) dan Datuk Zakaria dijangka tampil memberikan keterangan berhubung isu FGV di SPRM petang ini. - Gambar fail
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Datuk Zakaria Arshad dijangka tampil memberikan keterangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini.
Astro AWANI difahamkan, beliau akan tampil di ibu pejabat SPRM pada 2.30 petang ini.
Kehadiran beliau dikaitkan dengan gesaannya sebelum ini yang meminta SPRM untuk menyiasat FGV.
Ia susulan isu beliau dipaksa bercuti serta-merta sebagai Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV oleh Lembaga Pengarah Syarikat itu semalam.
Selain Datuk Zakaria, Astro AWANI difahamkan, Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad juga turut dipanggil memberikan keterangan pada 5 petang ini di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, suruhanjaya itu telah menerima beberapa maklumat mengenai isu di FGV, sebelum ini.
Lembaga Pengarah FGV pada Selasa mengarahkan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha, bercuti susulan siasatan yang telah dilakukan oleh syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#FGV
#Isa Samad
#SPRM
#Zakaria Arshad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan