awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Gaza: AS hormati hak bersuara, protes rakyat Malaysia

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/06/2024
15:37 MYT
Isu Gaza: AS hormati hak bersuara, protes rakyat Malaysia
Kagan berkata, kebebasan itu menunjukkan amalan demokrasi yang baik ini terus diberi keutamaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) menghormati hak rakyat Malaysia untuk mengadakan protes secara aman sebagai menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Israel berhubung konflik di Gaza.
Duta Besar AS di Malaysia, Edgard D Kagan berkata, kebebasan itu menunjukkan amalan demokrasi yang baik ini terus diberi keutamaan.
"Kami menghormati hak rakyat Malaysia untuk bersuara dalam mendesak kebebasan Palestin. Kami tidak mahu dwistandard di mana dengan kerajaan terdahulu kami berdepan sedikit ketegangan kerana AS menyokong kebebasan bersuara dan protes.
"Jadi dalam hal ini, kami menghormati tindakan protes hari ini walaupun ia ditujukan terus kepada kami (Amerika Syarikat). Kami tahu pengorbanan yang dilakukan orang ramai ketika melawan pengganas Komunis untuk memberikan rakyat hak untuk bersuara.
"Jadi dalam konteks ini, kami faham dan berkongsi matlamat asas yang sama, iaitu rakyat Israel dan Palestin sepatutnya hidup bebas, aman dan bermaruah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai silent protest yang dianjurkan Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) yang menggesa AS supaya tidak terus diam menangani isu Palestin.
Mereka turut melekat pita pelekat pada mulut sebagai simbolik tindakan AS yang berdiam diri.
Protes itu diadakan di luar berlangsungnya majlis Sambutan Kemerdekaan ke-248 Amerika Syarikat di sini, pada Isnin.
Kagan menegaskan AS juga berusaha menggesa gencatan senjata dan berharap Hamas akan bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan sebelum ini.
AS dan Malaysia menjalin hubungan diplomatik sejak kemerdekaan dan hubungan dua hala itu dikukuhkan lagi menerusi perkongsian komprehensif pada 2014.
Majlis itu turut duhadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mewakili kerajaan Malaysia.
Topic Berkaitan
#kebebasan bersuara
#Amerika Syarikat
#Edgard D Kagan
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan