awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu iktiraf UEC perlu diselesai tanpa konflik - Annuar

Bernama
Bernama
07/02/2017
12:31 MYT
Isu iktiraf UEC perlu diselesai tanpa konflik - Annuar
ANNUAR: Isu pengiktirafan terhadap UEC harus diselesaikan sebaik mungkin dan tidak sehingga menimbulkan konflik antara kaum. - Gambar fail
Isu pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) harus diselesaikan sebaik mungkin dan tidak sehingga menimbulkan konflik antara kaum, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata pihak berkepentingan perlu memberikan kerjasama bagi mengatasi isu berkenaan, manakala orang ramai pula tidak seharusnya memberikan persepsi negatif tanpa mendapat maklumat yang tepat.
"Apabila kita berkerjasama, kita tidak prejudis dan tidak berfikiran sempit, maka ia tidak akan menjadi 'stumbling block'.
"Dalam negara kita ini ia akan menjadi penghalang kalau kita bersifat negatif. Perbezaan kaum dan agama seharusnya dijadikan kekuatan kita. Jadi saya tidak fikir apa yang dilakukan Persatuan Dong Zong (untuk iktiraf UEC) sebagai suatu penghalang," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
BACA: Pengiktirafan UEC: Dong Zong terima syarat KPM
BACA: Kerajaan kaji Sijil Peperiksaan bersepadu (UEC) - TPM
Terdahulu beliau mengadakan pertemuan bersama wakil Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di sini, hari ini.
Pertemuan itu membincangkan mengenai isu-isu pendidikan sekolah Cina termasuk UEC.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini meminta Kementerian Pendidikan membuat kajian mendalam dan mengemukakan syor berhubung kedudukan UEC yang tidak diiktiraf di peringkat kebangsaan.
Sementara itu, Pengerusi Dong Zong Datuk Lau Lee Ming berharap kerajaan akan mengiktiraf sijil UEC setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk memudahkan pelajar melanjutkan pengajian ke universiti awam.
Lau turut memohon supaya pelajar sekolah Cina persendirian dibenarkan menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu sahaja dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bukan keseluruhan mata pelajaran untuk mengiktiraf sijil UEC.
UEC dikendalikan kumpulan pendidikan Cina terkemuka dan Dong Zong di 60 sekolah menengah Cina di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dong Zong
#SPM
#Tan Sri Annuar Musa
#UEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan