awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kalimah Allah: Pas seru pemimpin Islam ketepi seketika perbezaan, pertembungan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/05/2023
12:52 MYT
Isu kalimah Allah: Pas seru pemimpin Islam ketepi seketika perbezaan, pertembungan
Khairil Nizam berkata, apa yang menjadi keperluan pada ketika ini adalah usaha menyatukan pemimpin-pemimpin politik Melayu Islam, pertubuhan bukan kerajaan dan tokoh masyarakat Islam di negara ini di bawah satu payung. - Gambar Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pas menyeru semua pemimpin politik Islam agar mengetepikan seketika segala perbezaan, pertembungan dan perselisihan yang bersifat cabang dalam agama, sebaliknya meletakkan kepentingan kalimah Allah sebagai keutamaan tertinggi.
Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin berkata, keperluan sekarang adalah usaha menyatukan pemimpin-pemimpin politik Melayu Islam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh masyarakat (NGI) Islam di negara ini di bawah payung mempertahankan kesucian kalimah Allah.
"Kita turut kecewa dengan penjelasan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) berkenaan isu kalimah Allah yang disifatkan sebagai menambahkan lagi keresahan umat Islam di Malaysia.
"Kerunsingan ini mencetuskan suasana panik, tidak teratur dan resah dalam kalangan umat Islam selaku kaum majoriti di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Beliau turut mengajak umat Islam untuk menghayati syair bekas Yang Dipertua PAS, Allahyarham Dr Burhanuddin Al-Hilmy bertajuk 'Di atas runtuhan Kota Melaka, Kita bangunkan jiwa merdeka. Bersatu padulah seluruh baka, Membela hak keadilan pusaka'.
Ahad lalu, media melaporkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab iaitu Baitullah, kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan.
Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.
Saifuddin menjelaskan, keputusan KDN tidak meneruskan permohonan semakan kehakiman membabitkan kes Jill Ireland lawan Kerajaan Malaysia disebabkan keputusan Mahkamah Tinggi yang dikeluarkan ketika itu menggunakan pendekatan perundangan sivil dan pentadbiran.
Topic Berkaitan
#Kementerian Dalam Negeri
#Kalimah Allah
#Peguam Negara
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan