KUALA LUMPUR:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu dirombak secara besar-besaran dengan melantik mereka yang kompeten, berkebolehan dan berintegriti berikutan kegagalan jabatan itu yang didakwa gagal menangani isu kartel daging tidak halal.
Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gerakan Pertahankan Kedaulatan Perlembagaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM) Tun Mohamad Hanif Omar berkata, jabatan itu juga wajib dihukum di atas kelalaian membangunkan industri ternakan.
"Di samping Jakim dihukum atas dosanya membiarkan kegiatan haram, menghalalkan kegiatan kartel import daging tidak halal, jabatan ini juga wajib dihukum atas kelalaiannya membangunkan industri ternakan.
"MPM menyarankan rombakan besar-besaran dilakukan terhadap jabatan ini dengan melantik mereka yang kompeten, berkebolehan dan berintegriti untuk menerajui jabatan ini, membangunkan dan memajukan industri ternakan negara," katanya pada sidang akhbar di pejabat MPM di sini, pada Selasa.
Hanif yang juga ahli Lembaga Penasihat MPM menyarankan skim pensijilan halal oleh Jakim dibekukan serta-merta.
"Jakim wajib melepaskan tugas dan tanggungjawab mengendalikan pensijilan halal yang selama ini dikendalikan secara bersendirian," jelasnya.
Pada masa yang sama beliau berpendapat, Maju Ternak perlu ditubuhkan kembali sebagai sebuah perbadanan, bagi digandingkan dengan Jakim untuk menerajui pelan pelaksanaan korporat pembangunan dan kemajuan sektor ini dengan kadar segera.
"Aktifkan semula Majlis Halal Malaysia (MHN) yang dibekukan fungsinya oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini," ujarnya.
Kesemua syor itu katanya, akan dikemukakan kepad Majlis Raja-Raya Melayu dalam masa terdekat.
Beliau berkata, Majlis Raja-Raja perlu memerintahkan perkara itu di bawah perintah darurat kerana Parlimen akan mengambil masa yang lama untuk meluluskan tindakan ini.
"Bila isu kartel haram ini terbongkar ada dua perkara yang berlaku iaitu kegiatan kartel haram dan import daging tidak halal.
"Kemelut ini mendedahkan perkara utama iaitu gejala rasuah semakin menjadi-jadi, keberkesanan sistem penyampaian haram dan kegagalan pembangunan industri makanan negara," katanya lagi.
Umavathi Ramayah
Tue Dec 29 2020
Mohamad Hanif Omar berkata, Jakim sewajarnya dihukum di atas kelalaian membangunkan industri ternakan. - Gambar fail/BERNAMA
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
"Kami elak beli daging" - Pengguna
Hasil tinjauan mendapati, rata-rata pengguna mengelak untuk membeli daging sebagai menu masakan masing-masing.