awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kelangsungan hidup veteran tentera, 'scammer' tumpuan Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
18/10/2023
01:10 MYT
Isu kelangsungan hidup veteran tentera, 'scammer' tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini juga akan menyambung sesi perbahasan hari ketiga Belanjawan 2024, selepas ia dibentangkan Perdana Menteri pada Jumaat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu kelangsungan hidup veteran tentera, kempen beli barangan Malaysia dan penipuan atau scammer adalah antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, R. Yuneswaran (PH-Segamat) meminta Menteri Pertahanan menyatakan skop pemerkasaan sedang dilaksanakan secara menyeluruh terhadap kebajikan dan kelangsungan hidup veteran angkatan tentera sama ada berpencen atau tidak berpencen, sejajar dengan penilaian semula menerusi Skim Perkhidmatan dan Persaraan Negara.
Yuneswaran mengemukakan soalan itu ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
Isu kempen beli barangan Malaysia pula dibangkitkan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang bertanyakan perkembangan terkini perancangan mengadakan kempen beli barangan Malaysia secara mega sebagai usaha memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana terutamanya dalam situasi perniagaan berdepan cabaran kemelesetan ekonomi.
Dalam sesi sama, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) meminta Perdana Menteri menyatakan kerugian dialami dan jumlah mereka yang menjadi mangsa scammer sejak awal tahun ini.
Persidangan hari ini juga akan menyambung sesi perbahasan hari ketiga Belanjawan 2024, selepas ia dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 itu akan dibahas di peringkat dasar selama lapan hari, sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Okt.
Ahli-Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan di peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 Nov.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt hingga 30 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#veteran tentera
#Kempen Beli Barangan Malaysia
#penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan