awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kesihatan pelajar mencabar sistem kesihatan dan pendidikan

Bernama
Bernama
08/10/2019
20:47 MYT
Isu kesihatan pelajar mencabar sistem kesihatan dan pendidikan
Dr Lee berkata kementerian masih mengkaji pengawalseliaan isu penggunaan rokok elektronik atau vape menerusi jawatankuasa khusus yang ditubuhkan Jun lepas. - BERNAMA
Peningkatan kes merokok, penyalahgunaan dadah dan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar mencabar sistem kesihatan dan pendidikan negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata, dua tinjauan iaitu Global School Based Student Health Survey 2012 dan Adolescent Health Survey 2017, mendapati prevalen perokok semasa dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun meningkat daripada 11.5 peratus kepada 13.8 peratus.
"Prevalen remaja yang pernah berniat membunuh diri juga meningkat dari 7.9 peratus kepada 10 peratus, manakala prevalen pengambilan dadah semasa meningkat daripada 1.5 peratus kepada 3.4 peratus selain masalah obesiti dan penggunaan vape.
"Disebabkan angka-angka ini, adalah penting promosi kesihatan di institusi pendidikan diadakan kerana pelajar adalah 'capture audience' yang terbaik dalam menyampaikan maklumat kesihatan iaitu mereka terima maklumat dan disampaikan kepada rakan sebaya dan ibu bapa," katanya pada satu sesi forum antara kementeriannya dan Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, pada Selasa.
Contohnya, Program Tunas Doktor Muda bagi tahun 2018 mencapai 85 peratus pelaksanaannya dan ia bukti keberhasilan aktiviti pendidikan dan promosi kesihatan dalam kalangan kanak-kanak pra-sekolah, katanya lagi.
Forum itu diadakan sempena Simposium Health Promotion in Learning Institution (HePiLI) peringkat kebangsaan 2019 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, bertemakan 'Memperkukuh Komuniti Institusi Pendidikan Ke Arah Cara Hidup Sihat' dan disertai lebih 500 peserta dari kalangan guru dan anggota kesihatan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching pada forum sama berkata, kementerianya turut menitikberatkan aspek kesihatan mental dalam kalangan pelajar dan sedang berusaha meningkatkan nisbah seorang guru kaunseling bagi 250 pelajar sekolah rendah dan menengah.
Teo berkata, KPM juga telah memulakan projek rintis Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) untuk membantu pelajar berisiko tinggi dalam masalah kesihatan mental.
"Kita harap dengan (kejayaan) projek rintis ini, ia akan diperluas di semua sekolah supaya kita boleh bekerjasama dengan kepakaran sedia ada untuk membantu golongan yang memerlukan perhatian lebih," kata Teo.
Dalam perkembangan lain, Dr Lee berkata kementerian masih mengkaji pengawalseliaan isu penggunaan rokok elektronik atau vape menerusi jawatankuasa khusus yang ditubuhkan Jun lepas.
Ketika ditanya sama ada kerajaan akan melarang penggunaan vape dalam negara, beliau secara ringkas berkata: KKM adakan satu jawatankuasa khas khusus soal vape dan rokok dan dalam rancangan untuk wujudkan satu rang undang-undang khas untuk mengawal vape dan rokok.
KKM juga mengenal pasti iklan promosi vape dalam laman sosial yang menyasarkan golongan remaja sekolah dan dalam usaha menyekat talian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adolescent Health Survey 2017
#Dr Lee Boon Chye
#Global School Based Student Health Survey 2012
#Kanak-kanak
#Kementerian Pendidikan
#kesihatan
#KKM
#pelajar
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan