JERTIH: Seorang pesara tentera yang bertindak menaikkan bendera putih di perkarangan rumahnya di Kampung Air Tawar, di sini kerana tidak memperoleh bekalan air selama dua hari pada minggu lepas, mengakui ia berpunca daripada isu salah faham.
Mengakui kesilapannya memuat naik perkara tersebut ke akaun Facebook, Lt Kolonel (B) Mohd Rashid Mohamad Ibrahim, 63, berkata kejadian itu berlaku, akibat rasa tidak puas hatinya terhadap pengurusan pihak yang bertanggungjawab untuk menghantar bantuan bekalan air dari rumah ke rumah.
Bagaimanapun, perasaan tidak puas hatinya itu meleset, kerana ternyata kumpulan yang menghantar bekalan air itu bukanlah petugas Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) atau kerajaan negeri, sebaliknya kumpulan sukarelawan.
"Dalam kejadian pada Sabtu lepas itu, saya lihat jiran-jiran saya mendapat bantuan air yang dihantar kumpulan berkenaan, dengan mengisi air ke dalam tangki atau bekas yang disediakan tuan rumah di hadapan kediaman masing-masing.
"Tapi, bila sampai di rumah saya, petugas beritahu air dalam tangki mereka sudah habis dan akan datang semula. Namun, sampai ke malam tidak ada sebarang bantuan bekalan air tiba sedangkan esoknya (Ahad) empat anak saya mahu bersekolah," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya, di sini hari ini.
Akibat kejadian tersebut, bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berkata beliau mengambil keputusan menaikkan bendera putih dan memasang lampu berdekatan tangki air di hadapan rumahnya.
Bagaimanapun beliau berkata tindakan itu bukanlah sebuah tanda protes atau membawa sebarang maksud negatif, sebaliknya sebagai penanda kepada petugas untuk memastikan mereka tidak terlepas mengisi air ke dalam tangki miliknya.
"Selain itu, apa yang saya maksudkan juga ialah sekiranya saya naikkan bendera putih bermakna air dalam tangki telah habis dan jika sebaliknya, itu bererti air masih ada dan mereka tidak perlu turun kenderaan untuk periksa air di dalam tangki.
"Tapi sekarang apabila mengetahui semua petugas tersebut sebenarnya sukarelawan daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan, maka saya reda sahaja jika ada yang datang hantar air atau tidak di depan rumah saya. Sekiranya tidak ada, saya akan pergi ambil sendiri di mana lokasi yang sesuai," katanya.
Bagaimanapun, Mohd Rashid berkata selepas kejadian itu, tangki air di rumahnya sentiasa diisi oleh pasukan sukarelawan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas tanpa mengira masa yang adakalanya sehingga ke awal pagi.
Kisah Mohd Rashid itu merupakan sebahagian daripada ribuan penduduk di beberapa kawasan di Besut terutama di Mukim Bukit Keluang yang mengalami masalah gangguan bekalan air sejak 1 Jan lepas.
SATU dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan masalah yang menjejaskan 11 buah kampung di sekitar Besut, melibatkan 2,670 akaun pengguna itu berpunca daripada kebocoran paip bersaiz 600 milimeter (mm) di dasar Sungai Besut dan menjangkakan masalah itu hanya pulih pada 21 Jan ini.
Difahamkan, status kerja-kerja pemasangan dan pembaikan paip bersaiz 600 milimeter (mm) di dasar sungai Besut berhampiran jambatan Kampung Lampu, sedang giat dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Leftenan Kolonel (B), Mohd Rashid Mohamad Ibrahim menunjukkan bendera putih yang digunakannya sebelum ini sebagai penanda atau pedoman kepada petugas yang menghantar bantuan air ke rumahnya di Kampung Air Tawar, semalam. - Foto BERNAMA
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Duta AS lihat potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih
Kagan berkata kerjasama baharu boleh diteroka memandangkan Sarawak telah bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Isu kibar bendera putih akibat tidak dapat bantuan air hanya silap faham
Lt Kolonel (B) Mohd Rashid Mohamad Ibrahim mengakui ia berpunca daripada isu salah faham.