awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Korea Utara: Tiada himpunan bantahan, hanya solat hajat

Hilal Azmi
Hilal Azmi
10/03/2017
08:01 MYT
Isu Korea Utara: Tiada himpunan bantahan, hanya solat hajat
Para jemaah menunaikan solat hajat di Masjid Negara hari ini bagi memohon kesejahteraan negara yang kini berdepan ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara. - Foto Bernama
Usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Utara hari ini turut mendapat sokongan rakyat Malaysia apabila lebih 5,000 jemaah menyertai solat hajat yang diadakan di Masjid Negara.
Solat hajat tersebut diimamkan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad yang sebelum itu menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat
Tinjauan Astro AWANI di Masjid Negara mendapati, tiada sebarang perhimpunan bantahan dibuat selepas solat Jumaat seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
Turut didoakan ialah keamanan serta kesejahteraan negara dikekalkan biarpun menghadapi ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua masjid di negara ini melakukan solat hajat bagi mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara.
Beliau turut meminta supaya didoakan semua urusan negara dipermudahkan.
Pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut menyeru seluruh Malaysia untuk mendoakan agar dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan serta perlindungan kepada 11 rakyat Malaysia di Korea Utara.
Topic Berkaitan
#kim jong nam
#Korea Utara
#Masjid Negara
#solat hajat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan