awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX pertimbang bergabung dengan Tesla - Laporan
Petronas mahu kekalkan pengeluaran domestik dua juta tong minyak sehari dalam tiga tahun akan datang
Trump dakwa Putin setuju henti serangan ke atas Kyiv selama seminggu ketika cuaca terlalu ekstrem
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu 'land swap': Hishammuddin tiba di SPRM

Bernama
Bernama
23/06/2019
04:34 MYT
Isu 'land swap': Hishammuddin tiba di SPRM
Hishammuddin menjadi tumpuan media ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini. - BERNAMA
Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tiba di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 pagi ini untuk memberi keterangan mengenai isu urus niaga 'land swap' membabitkan tanah-tanah milik kementerian itu.
Hishammuddin yang memakai kemeja biru tiba di bangunan itu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam bersama pegawainya.
Ketika ditanya berapa lama beliau akan memberi keterangan kepada SPRM, Hishammuddin berkata beliau tidak pasti kerana tidak tahu apakah soalan yang akan ditanya oleh suruhanjaya itu.
BACA: 'Land swap' Kementerian Pertahanan: SPRM akan panggil Najib, Hishammuddin
"Saya akan memberi kerjasama penuh tanpa rasa takut atau pilih kasih. Dari dulu lagi saya beri kerjasama sepenuhnya. Yang paling penting sekarang semangat anggota tentera kita, kepentingan mereka dan keluarga mereka. Saya pun tak ada benda nak sembunyi," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Kelihatan kenderaan yang dinaiki Hishammuddin tiba di Ibu Pejabat SPRM hari ini. - BERNAMA
Kelihatan kenderaan yang dinaiki Hishammuddin tiba di Ibu Pejabat SPRM hari ini. - BERNAMA
Februari lepas, Kementerian Pertahanan di bawah pentadbiran kerajaan baharu, mendedahkan bahawa kerajaan rugi lebih RM500 juta bagi urus niaga 'land swap' membabitkan tanah milik kementerian itu yang dipercayai berlaku sejak 1997.
BACA: SPRM selidik elemen salah guna dalam dokumen pertukaran tanah Mindef
Menterinya, Mohamad Sabu berkata perkara itu terdedah hasil siasatan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang pada 28 Jan lepas.
Dilaporkan, sebanyak 16 projek 'land swap' dilakukan kementerian membabitkan 1,183 hektar tanah.
Tanah di beberapa kem di Bukit Kinrara, Hutan Melintang, Bera, Segamat dan Paloh dilaporkan bernilai RM4.8 bilion manakala kos projek itu sebanyak RM4.9 bilion. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Kementerian Pertahanan
#land swap
#Menteri Pertahanan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan