Semua pihak harus akur dengan pemilihan calon Menteri Besar Selangor yang baharu oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengelak krisis politik berpanjangan di negeri itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata pemilihan Sultan Selangor perlu diterima semua pihak terutamanya Pakatan Rakyat ekoran kegagalan mereka mengemukakan calon tunggal Menteri Besar Selangor yang disokong oleh semua.
"Mereka tidak dapat membuat kata putus bersama untuk mengemukakan satu calon... sebab itu Sultan meminta dua tiga calon dan terpulang pada Sultan untuk memilih sesiapa dan saya harap semua pihak akan bersetuju," katanya.
Dr Mahathir berkata sekiranya terdapat usul tiada kepercayaan dibawa pada persidangan Dewan Undangan Negeri Rakyat yang menyebabkan Menteri Besar yang dipilih itu 'jatuh', ia hanya memanjangkan masalah di negeri itu.
"Berpanjangan masalahnya dan lebih baik mereka sokong siapa yang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar," katanya kepada media selepas melancarkan projek pembangunan bercampur Shapadu Putrajaya Haven di sini, hari ini.
Ditanya adakah pemilihan Menteri Besar oleh Sultan Selangor menunjukkan pencabulan demokrasi dalam Parlimen, Dr Mahathir berkata :"Demokrasi adalah mengikut suara ramai, kali ini tiada suara ramai jadi terpaksa pihak seperti presiden membuat keputusan.
"Kalau ada satu calon yang disokong penuh oleh semua, maka tidak ada kemungkinan usul tiada kepercayaan, malah satu nama dah cukup," katanya.
Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diadakan esok di Istana Alam Shah, Klang.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata nama menteri besar yang baharu bakal diumumkan hari ini bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin.
Bernama
Mon Sep 22 2014
TUN M: Semua perlu akur pilihan Sultan Selangor, elak krisis berpanjangan - Gambar Fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.
Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC
Amalan lantikan politik yang sudah diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini, dakwanya, telah menyebabkan rasuah dan salah urus GLC.
Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA
Negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan pelaburan di negara kita.
PRK Port Dickson: Hishammuddin tak setuju tiada calon BN
Hishammuddin bagaimanapun menghormati keputusan itu kerana ia melibatkan suara daripada semua pihak termasuk akar umbi.
Calon Tun M jadi PM: Kalau saya pelabur saya fikir dua tiga kali - Khairy
Mengulas pemilihan pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 akan datang, tidak mustahil jawatan itu hanya akan dipegang sementara waktu.
Muhyiddin sendiri harus redakan gerakan Bersih - Bastien
Bastien Onn berkata ia merupakan strategi yang memungkinkan gerakan Merah menghentikan sebarang cubaan provokasi daripada kumpulan Bersih sendiri.
1MDB: Anwar tidak mungkin terlibat dalam pemalsuan fakta, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadap ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam pemalsuan dokumen 1MDB sebagai tidak masuk akal.
Qazaf: Bekas Ketua Pendakwa Syarie mohon semakan dan notis rayuan Anwar
Bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan dua yang lain memfailkan permohonan untuk mengetepikan semakan dan notis rayuan dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pakatan Rakyat cadang empat langkah hadapi penurunan harga minyak, junaman ringgit
Kerajaan disifatkan perlu menghentikan budaya pembaziran serta cara hidup mewah dan boros pada situasi penurunan harga minyak dan junaman ringgit akhir-akhir ini.
Pengajaran buat PAS kerana bekerjasama dengan Anwar, kata Tun M
Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tun M.