awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu MITRA: 'Saya tidak dipanggil SPRM' - Halimah Sadique

Astro Awani
Astro Awani
23/11/2021
10:06 MYT
Isu MITRA: 'Saya tidak dipanggil SPRM' - Halimah Sadique
Halimah menafikan dakwaan kononnya kementeriannya berselindung di sebalik SPRM dan cuba menutup maklumat kepada umum. - Gambar/ Japen
KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique memberitahu Dewan Rakyat yang beliau tidak dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan membabitkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
Beliau menegaskan, siasatan yang dilakukan oleh SPRM ketika ini menjurus kepada dua perkara iaitu membabitkan unsur jenayah dan cadangan kepada penambahbaikan prosedur serta sistem pemberian geran.
"Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak dipanggil (oleh SPRM) dan untuk makluman, kefahaman saya dan pihak kementerian ialah untuk kami terus memberikan kerjasama yang sangat baik kepada SPRM untuk meneruskan siasatan. Bukan menubuhkan satu jawatankuasa yang mana SPRM bersama pihak Kementerian Perpaduan Negara melihat 337 program-program yang akan dibawa dalam siasatan.
"Sebab itu saya jemput SPRM masuk menjalankan siasatan bukan kerana Yang Berhormat membangkitkan isu MITRA, baru SPRM masuk.
"Kita minta SPRM masuk untuk jalankan siasatan untuk menentukan semua penyaluran dana MITRA telah digunakan dan dibelanjakan, dan tidak sepatutnya ada penyalahgunaan dan penyelewengan. Kita telus dan terbuka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.
Isu MITRA: Saya tidak dipanggil - Halimah
Menjawab celahan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) kenapa tidak diadakan siasatan dalaman bagi menyiasat dan meneliti penyelewengan membabitkan MITRA, Halimah berkata, perkara itu akan dilakukan selepas siasatan SPRM selesai.
"Apabila saya dilantik menerajui Kementerian Perpaduan Negara, saya mendapati perlunya kepada siasatan kerana kita mahu melihat sama ada dana itu dibelanjakan dengan baik atau tidak.
"Ini termasuk bukan sahaja sewaktu MITRA di bawah Kementerian Perpaduan Negara malah ketika di bawah Jabatan Perdana Menteri," katanya.
Beliau turut menafikan dakwaan kononnya kementeriannya berselindung di sebalik SPRM dan cuba menutup maklumat kepada umum.
"Saya bukan berselindung di sebalik SPRM... kita terbuka malah menjemput SPRM masuk untuk siasat. Jadi, berilah ruang kepada SPRM menjalankan siasatan mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#Mitra
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Halimah Mohamed Sadique
#kementerian perpaduan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan