awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pajakan tanah: Alumni tuntut bangunan CBN dikekalkan

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2021
04:12 MYT
Isu pajakan tanah: Alumni tuntut bangunan CBN dikekalkan
Bangunan CBN perlu dihargai sebagai sebahagian daripada estetik bandar. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Keputusan kerajaan untuk tidak melanjutkan pajakan tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN) diibaratkan umpama membuang kepentingan simbol sekolah tertua negara itu.
Timbalan Presiden Alumni CBN, Junaidah Ishak berkata, bangunan CBN perlu dikekalkan dan dipelihara kerana ia merupakan sebahagian daripada sejarah Kuala Lumpur.
"Dengan tidak memperbaharui pajakan tanah, ia seperti membuang kepentingan simbol bangunan sekolah CBN. Ini seterusnya akan memberikan persepsi yang tidak baik kepada pihak berkuasa.
"Anda tentu dapat berasakan kehilangan bahagian Kuala Lumpur yang sangat berharga dari sudut sejarah dan identiti kita. Apa itu Bukit Nanas tanpa bangunan bersejarah yang kini berusia 122 tahun. Seperti bangunan mahkamah tinggi lama, stesen kereta api dan Kelab Royal Selangor, bangunan CBN adalah lambang mercu tanda di Kuala Lumpur," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
BACA: Petisyen selamatkan SMK Convent Bukit Nanas
Junaidah berkata, bangunan CBN perlu dihargai sebagai sebahagian daripada estetik bandar.
Ia berikutan, walaupun menikmati pemodenan Kuala Lumpur, CBN masih perlu dikekalkan dan dipelihara sebagai mercu tanda yang menjadikan budaya serta masyarakat Malaysia unik.
"Bangunan CBN perlu dihargai sebagai sebahagian daripada estetik bandar. Walaupun kita menikmati pemodenan Kuala Lumpur, kita masih perlu mengekalkan dan memelihara mercu tanda seperti ini dan pengaruh mereka yang pelbagai. Jadi itulah yang menjadikan budaya dan masyarakat negara ini unik," katanya lagi.
Sebelum ini, keputusan kerajaan untuk tidak melanjutkan pajakan tanah CBN mendapat tentangan pelbagai pihak.
Malah, di media sosial, satu petisyen diwujudkan bagi menyelamatkan tanah sekolah itu yang menurut beberapa pihak sewajarnya diwartakan sebagai tapak warisan sejak dari dahulu lagi bersama sekolah Victoria Institute.
Topic Berkaitan
#CBN
#sekolah
#Malaysia
#Kuala Lumpur
#Astro
#Astro Awani
#media sosial
#kerajaan
#Convent Bukit Nanas
#Junaidah Ishak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan