Jabatan Peguam Negara sudah memuktamadkan beberapa perkara mengenai keputusan Jemaah Menteri berhubung cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) khususnya berkaitan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 pada 24 Jun lalu.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, draf rang undang-undang bagi menangani masalah pemanduan di bawah pengaruh dadah, alkohol atau pemanduan merbahaya itu akan melalui kelulusan Kabinet sebelum dibentangkan pada persidangan Parlimen bulan ini.
"Mudah-mudahan, kita akan mendapat sokongan Dewan untuk meluluskan undang-undang yang lebih tegas bagi melindungi para pengguna jalan raya.
"Kementerian Pengangkutan akan terus melakukan advokasi kepada orang ramai supaya menjadi pengguna jalan raya yang bertanggungjawab menerusi pendidikan.
"Masanya telah tiba untuk memberi pengajaran tegas kepada pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab.
"Justeru itu, kerajaan serius untuk meminda Akta 333 ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau pada masa sama, mengulangi gesaan kepada masyarakat agar bersama-sama memainkan peranan dalam usaha mencegah pemanduan secara melulu dan mabuk.
"Ini adalah sebahagian daripada sokongan masyarakat yang sangat diperlukan untuk mencegah dan memerangi penyakit sosial ini yang mengabaikan keselamatan diri dan juga orang lain di jalan raya," ujarnya.
Pada masa sama, kerajaan turut memandang serius berhubung kegiatan 'basikal lajak' atau kegiatan yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh menyebabkan kemalangan atau bahkan meragut nyawa.
Justeru, katanya, sebahagian daripada cadangan pindaan Akta 333 ini juga ada memperincikan perkara tersebut.
Astro Awani
Sat Jul 04 2020
WEE: Masanya telah tiba untuk memberi pengajaran tegas kepada pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.
Penunggang motosikal terbunuh dilanggar lori berundur secara tiba-tiba
Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas sebuah lori yang sedang mengisi petrol tiba-tiba berundur dan melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Kerinchi menghala Jalan Pantai Baru.
Murid langgar polis dikenakan bon berkelakuan baik, lesen digantung 5 tahun
Kesalahan dilakukan pada 28 Julai lalu di Kilometer 36 arah Selatan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) ketika pelajar tersebut menunggang motosikal secara melawan arus.
Kanak-kanak 7 tahun maut, motosikal dinaiki bersama ibu bapa dilanggar
Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terbunuh selepas motosikal dinaiki bersama ibu dan bapanya terabit nahas dengan sebuah kereta di Lebuhraya Bukit Jalil, Jumaat lalu.
Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta
Seorang wanita maut manakala dua penumpang kereta dipandunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran sebuah kedai keropok losong di Jalan Kadok, Ketereh.
Polis Johor rampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880
Polis Johor menahan dua lelaki dan merampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880 dalam pemeriksaan di kawasan Seelong, Senai.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Murid tahun satu maut, abang dan rakan parah dalam kemalangan
Seorang murid lelaki Tahun Satu maut manakala abangnya serta seorang rakan mereka cedera parah selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah van di Kampung Charok Putih di sini, petang tadi.
Video tular: Pemandu lori tidak lari, beredar kerana bimbang keselamatan - Polis
Seorang penunggang motosikal cedera akibat kecuaian pemandu lori yang secara tiba-tiba membelok ke arah kiri untuk masuk ke sebuah simpang di Kilometer 48.7 Lebuhraya Cyberjaya dekat DengkiL.