awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pencemaran acrylamide, glycidol dalam biskut, KKM beri jaminan risiko terhadap kesihatan rendah

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2021
10:03 MYT
Isu pencemaran acrylamide, glycidol dalam biskut, KKM beri jaminan risiko terhadap kesihatan rendah
Pemantauan BKKM mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 g/kg (mikrogram per kilogram). - Gambar/ KKM
KUALA LUMPUR: Kandungan bahan acrylamide dan glycidol bagi produk biskut yang dijual di negara ini adalah di bawah paras yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation justeru risiko terhadap kesihatan adalah rendah.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (BKKKM) menjalankan pemantauan sejak 2015 bagi produk biskut di pasaran tempatan termasuk jenama Hup Seng, Jacobs dan Julie’s yang dikilangkan di Malaysia.
Ia mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram) berbanding paras ditetapkan EU Commission Regulation (350 µg/kg).
"BKKM turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui pengambilan biskut adalah rendah.
"Pengguna boleh mendapatkan panduan pencemaran acrylamide di dalam makanandari Facebook rasmi BKKM. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut International Agency for Research on Cancer (IARC), acrylamide dan glicidol merupakan bahan karsinogen dan boleh memberi risiko kepada kesihatan manusia.
Acrylamide adalah bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makanan, namun bahan pencemaran tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang bersesuaian.
Sebelum ini, Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd, anak syarikat Hup Seng Industries Bhd mengeluarkan jaminan biskut yang dikeluar dan dipasarkan di Malaysia selamat untuk dimakan, selain menepati kawal selia, standard kualiti dan keselamatan makanan.
Ia susulan laporan oleh CHOICE Magazine di dalam laman web Majlis Pengguna Hong Kong berkaitan 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut, yang dijual di pasaran Hong Kong mengandungi acrylamide dan glicydol.
Antara jenama yang disenaraikan termasuk jenama biskut Hup Seng, Jacobs dan Julie’s yang dikilangkan di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
#biskut
#hup seng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan