awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu peranti pengesanan digital terjejas selesai - QuickMed

Bernama
Bernama
04/01/2022
11:43 MYT
Isu peranti pengesanan digital terjejas selesai - QuickMed
QuickMed berkata, e-Bracelet yang terjejas itu kini beroperasi semula seperti biasa. - Gambar hiasan/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Peranti pengesanan digital ataupun e-Bracelet yang terjejas apabila tertanggal dalam tempoh 24 jam pemasangannya terhadap seorang individu baru-baru ini telah beroperasi semula seperti biasa.
QuickMed yang memaklumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini menyatakan mereka menghantar juruteknik ke alamat kuarantin individu berkenaan bagi menyelesaikan segera isu berkenaan selain kesal dengan insiden tersebut.
"Kami (QuickMed) telah menghantar dua juruteknik ke alamat kuarantin individu terlibat. Sukacita kami maklumkan bahawa e-Bracelet yang terjejas kini beroperasi semula seperti biasa," menurut kenyataan tersebut.
Semalam, portal tempatan melaporkan seorang selebriti lelaki menerusi video yang dimuat naik di laman sosial beliau mempersoalkan kualiti peranti pengesan digital walaupun baru sahaja memakainya untuk tempoh kurang dari 24 jam.
Sementara itu, QuickMed memaklumkan Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) dilengkapi teknologi Global Positioning System (GPS) digunakan untuk pemantauan secara real-time terhadap individu yang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian kuarantin di rumah seperti dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut QuickMed, sejak HQMS digunakan bermula 8 Dis lepas, hanya 25 insiden memerlukan bantuan lanjut dengan pembetulan segera telah dilaksanakan oleh pasukan teknikal mereka.
Justeru, QuickMed memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pasukan operasi mereka bersedia membantu sekiranya isu sedemikian berulang.
"Pengguna yang dilengkapi dengan e-Bracelet boleh menghubungi 03-3000 8856 atau e-mel [email protected] sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah," menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.quickmed.care.
QuickMed adalah penyelesaian penjagaan kesihatan digital Edgenta NXT Sdn Bhd iaitu anak syarikat UEM Edgenta Berhad di bawah bahagian Healthcare Solutions yang dilantik untuk memasang Sistem Pengurusan Kuarantin Rumah (HQMS) kepada pengembara tiba dari negara berisiko tinggi dan juga kes positif yang telah dinilai Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#umrah
#peranti pengesanan digital
#e-bracelet
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan