NIBONG TEBAL: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh beliau berhubung peruntukan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini adalah berpandukan kepada keputusan mahkamah.
Berikutan itu, beliau berasa hairan mengapa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mempertikaikan kenyataannya itu sedangkan beliau secara jelas memberi kenyataan berdasarkan kepada apa yang telah diputuskan mahkamah.
"Saya cabar Bersih untuk buat kajian tentang keputusan mahkamah itu, bawa kembali (ke mahkamah) atas sebab apa dan cabar, maka (nanti) tidak ada lagilah pengumuman.
"Saya dah lama mengikuti PRK dan saya hadir hampir semua PRK sejak 1990 kecuali satu di Batang Ai, Sarawak... punyalah banyak (kes seperti ini) sejak tahun 1990 dan tentu saya tahu cerita kerana duluan kes ketika zaman Tengku Razaleigh Hamzah berkenaan pengumuman projek jalan semasa PRK.
"...kerana duluan kes ini mahkamah memutuskan kerajaan berhak umum di mana dan pada bila-bila masa pun dan kepada sesiapa pun dan tentang apa pun yang difikirkan sesuai kepada rakyat, tak kira waktu, semasa PRK ataupun tidak PRK," katanya ketika ditemui selepas program Ceramah Perpaduan di tapak Pasar Malam Sungai Duri, di sini, malam tadi.
Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan calon Pakatan Harapan (PH) bagi PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin.
Bersih baru-baru ini mempersoalkan kenyataan Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya yang menganggap adalah tidak salah bagi menteri atau kementerian menganjurkan program atau mengumumkan peruntukan semasa PRK berlangsung.
Ahmad berkata, isu penganjuran program dan pengumuman peruntukan itu pernah dibawa ke mahkamah sebelum ini, namun keputusan tidak memihak kepada pihak yang mempertikaikannya.
Terdahulu, dalam ceramah tersebut, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berharap pengundi Melayu tidak terpedaya dengan sentimen perkauman yang dibawakan pembangkang sepanjang berlangsungnya kempen PRK DUN Sungai Bakap.
Beliau berkata, sentimen seumpama itu antaranya mengatakan 'Malaysia kononnya akan diambil alih oleh masyarakat Cina', sengaja dimainkan oleh pembangkang untuk menarik sokongan pengundi.
"Jangan kita percaya tanpa kita lihat realiti sebenar. Selama lebih setahun kerajaan ini (Perpaduan) berjalan (memerintah), hak-hak orang Melayu tidak terjejas, malah kita berusaha untuk menaikkannya," katanya.
PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Joohari dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
Menurut Ahmad, kenyataan yang dibuat oleh beliau berhubung peruntukan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini adalah berpandukan kepada keputusan mahkamah. - Gambar fail
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.
Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.