Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas transaksi pembelian banglo bernilai RM2.8 juta oleh anaknya Lim Guan Eng.
Katanya, sebarang dakwaan mengenai salah guna kuasa wajar disiasat.
"Apa yang penting ketika ini ialah pastikan SPRM mengambil serius semua dakwaan yang dibuat terhadap ahli politik tanpa mengira parti," katanya kepada media dalam Majlis Sambutan 50 tahun DAP di sini pada Jumaat.
Dalam nada sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah setuju dengan tindakan menyiasat Guan Eng tetapi SPRM perlu membuat tindakan sama ke atas ahli Parlimen Barisan Nasional jika terdapat dakwaan berkaitan.
Sebelum ini, SPRM Pulau Pinang dalam satu kenyataan memberitahu telah menerima aduan berkaitan isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng, beralamat No. 25 Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dan keterangan pengadu berhubung isu ini turut dirakam.
SPRM turut menjelaskan bahawa kes berkaitan pembelian rumah ini merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail sebelum ini.
Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian.SPRM yang sentiasa berpegang pada prinsip bebas, profesional dan telus, memberi jaminan akan menyiasat setiap aduan dan maklumat yang ada unsur rasuah tanpa pilih kasih.
BACA: Guan Eng pertahan transaksi pembelian hartanahnya
Hilal Azmi
Sat Mar 19 2016

Lim Kit Siang mahu siasatan sama dibuat kepada ahli Parlimen BN - Foto Fail

AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran cuaca waspada | Minyak sawit: Malaysia fail saman terhadap EU

Perpindahan Ozil ke Turki 'belum ada yang pasti' - Arteta
Ozil, yang bakal tamat kontrak penghujung musim ini, telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai gergasi Turki.

Saringan COVID-19 yakinkan NGO bantu mangsa banjir - Ahli Parlimen Jerantut
Saringan COVID-19 yang perlu dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum memberi bantuan kepada mangsa banjir memberi lebih keyakinan kepada petugas berkenaan dalam isu keselamatan.

AWANI Ringkas: Banjir makin reda | PKP di Sibu bermula

COVID-19: Influencer antara golongan pertama terima vaksin di Indonesia
Sementara seluruh dunia bercadang mengutamakan petugas kesihatan dan golongan warga emas untuk mendapatkan suntikan vaksin menentang COVID-19, Indonesia mengambil pendekatan yang sedikit berbeza.

PKP: Penjaja minta kerajaan pertimbang kebenaran operasi pasar malam
GPPPKMM berkata pihaknya akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi membolehkan pendapatan terus dijana dalam tempoh sukar ini.

PKP 2.0: Pematuhan SOP tinggi dalam kalangan masyarakat di ibu negara - Polis
Hari ketiga Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semakin meningkat dalam kalangan masyarakat terutamanya di ibu negara.

Gudang terbakar, enam pekerja berjaya diselamatkan
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.46.

Tanah runtuh: Dua daerah di sempadan Sarawak bergelap
Dua daerah di bahagian selatan Sarawak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia terpaksa bergelap selepas dua kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan bekalan elektrik terputus di kawasan berkenaan.

Enam pasukan peroleh lesen penuh kelab kebangsaan
Enam pasukan Liga Malaysia yang diberi lesen kelab kebangsaan secara bersyarat berjaya memenuhi syarat memperoleh lesen kelab kebangsaan.

DAP patut henti politikkan isu darurat - Presiden Gerakan
Parti DAP diminta berhenti mempolitikkan isu pengisytiharan darurat COVID-19 atas kepentingan peribadi, sebaliknya perlu fokus dalam usaha membantu memerangi penularan wabak itu.

Proklamasi Darurat: Kerajaan digesa batal gantung Parlimen, DUN - Guan Eng
Guan Eng berkata, cabang legislatif diperlukan agar wakil rakyat dapat membawa isu berkaitan salah pengurusan, salah guna kuasa dan kesukaran rakyat dalam sidang Parlimen.

Proklamasi Darurat: PH tolak rasional Muhyiddin, gesa jangan sembunyi di belakang COVID-19
PH mendakwa undang-undang sedia ada, termasuk PKP, mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak COVID-19

Bukan persoal keputusan MKT, tetapi pertahan keputusan dasar parti - Tun Faisal
Tun Faisal Ismail berkata, perjuangan Annuar juga adalah untuk memperkukuhkan MN selain menyokong PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

'Annuar, jangan kaitkan DAP dalam kemelut politik UMNO' - Guan Eng
Tegas Guan Eng, tiada sebarang perbincangan dibuat DAP dengan UMNO berhubung kerjasama.

Zahid perlu jelaskan kepada akar umbi keputusan 'pecat' Annuar - Exco Pemuda UMNO
Perbezaan pandangan walaupun dalam parti yang sama perlu diraikan dan keputusan menukar Annuar harus dijelaskan secepat mungkin kepada akar umbi.

Lim Kit Siang saran semua parti politik tolak PRU15 ketika kes COVID-19 masih tinggi
Beliau menjelaskan perkara itu perlu dijadikan keutamaan supaya Malaysia mampu untuk bangkit semula dengan pemulihan yang pantas dan menyeluruh dalam era pasca-pandemik.

Wujud rundingan UMNO-DAP-Anwar? Ini lima perkara yang anda perlu tahu
Menteri Wilayah Persekutuan mendakwa beliau mendapat maklumat sahih mengenai usaha perundingan melibat UMNO-DAP-Anwar.

UMNO perlu putuskan mahu kerjasama dengan siapa - Hishammuddin
UMNO perlu memutuskan mahu bekerjasama dengan siapa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika tidak dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Annuar Musa enggan bersubahat dengan Zahid Hamidi
"Dengan perbezaan prinsip ini, adalah lebih baik saya tidak bersubahat dengan hala tuju Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi." - Annuar Musa