awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu salib: Polis rakam keterangan abang KPN

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2015
16:17 MYT
Isu salib: Polis rakam keterangan abang KPN
Polis telah merakam keterangan Datuk Abdullah Abu Bakar berhubung insiden bantahan gereja di Taman Medan.
Polis telah merakam keterangan seorang wakil penduduk Taman Medan berhubung insiden bantahan gereja dia Taman Medan pada Ahad
Datuk Abdullah Abu Bakar hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 4 petang Rabu untuk dirakamkan keterangan, lapor The Malaysian Insider.
Menurut Abdullah, beliau tidak dimaklumkan polis sama ada siasatan itu dijalankan di bawah peruntukan undang-undang mahupun akta tertentu.
BACA: Tindakan protes gereja Taman Medan satu hasutan - Zahid Hamidi
BACA: Abang KPN nafi ketuai bantahan gereja Taman Medan
"Mereka saja bertanya kepada saya (kejadian gereja) dan saya menjawab soalan itu," kata beliau yang merupakan abang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Selain itu, Abdullah yang juga Ketua UMNO Cawangan Taman Lindungan Jaya itu mengaku beliau keletihan selepas disoal siasat selama hampir tiga jam dan memberitahu bahawa beliau telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.
Sekumpulan 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya pada Ahad dilaporkan berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah gereja yang baru sahaja dibuka di situ.
Mereka turut mempersoalkan lambang salib yang diletakkan di luar gereja berkenaan selain menuntut ia diturunkan kerana lambang suci penganut Kristian itu dikatakan boleh mempengaruhi minda penduduk muda beragama Islam di sana.
Topic Berkaitan
#abdullah abu bakar
#Bantahan
#gereja
#salib
#Taman Medan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan