awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart mohon ampun kepada Agong, umat Islam

Bernama
Bernama
03/04/2024
06:22 MYT
Isu stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart mohon ampun kepada Agong, umat Islam
Dalam sesi yang berlangsung selama 15 minit itu Chai memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam. - Foto Instagram Official Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai di Istana Negara di sini pada Rabu.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam sesi yang berlangsung selama 15 minit itu Chai memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah 'Allah' di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.
Sultan Ibrahim bertitah menekankan semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.
"Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini," titah Sultan Ibrahim kepada Royal Press Office (RPO).
"Sekali lagi saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan," titah Seri Paduka Baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#stoking kalimah Allah
#Yang di-Pertuan Agong
#kk mart
#Sultan Ibrahim
#mohon maaf
#Umat Islam
#KK Chai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan