KUALA LUMPUR: Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak pengurusan KK Supermart Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) sekiranya terbukti berlaku unsur kecuaian dalam kes penjualan stoking tertera kalimah Allah kerana ia melibatkan sensitiviti 3R (bangsa, agama dan raja).
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata tindakan itu sebagai pengajaran kepada semua pihak agar insiden seumpama ini tidak berulang di masa hadapan.
"Sebenarnya perkara seperti ini bukan pertama kali, ia pernah berlaku sebelum ini...oleh itu IKIM menyarankan supaya masyarakat Malaysia mengambil pendekatan memahami dan mengetahui tentang perkara yang dibenarkan atau dilarang dalam sesebuah agama.
"Dalam hal ini, kita melihat Perlembagaan itu sendiri menjunjung kebebasan seseorang untuk menganut agama, namun agama Islam telah diberi satu kedudukan yang tinggi dalam agama di bawah Perkara 3 (1) dan agama lain dapat diamalkan dengan aman dan damai," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif dalam rancangan Malaysia Petang Ini yang diterbitkan Bernama TV semalam bagi mengulas isu berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di satu daripada cawangan kedai serbaneka terkemuka itu.
Mohamed Azam berkata insiden seperti itu tidak seharusnya berlaku tambahan pula umat Islam kini berada dalam bulan Ramadan yang mulia.
"Jika perkara ini berlaku di luar negara yang majoritinya beragama Islam, saya kira hukuman yang lebih berat pasti dikenakan...sebagai contoh menghina Jesus di negara majoritinya beragama Kristian seperti di England individu itu boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang Blasphemy," katanya.
Bagaimanapun beliau menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan di tangan sendiri dan menyerahkan hal itu kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Selain itu beliau berkata pihaknya juga menguar-uarkan pendekatan konsep 'Fiqh al-Ta`ayusy' atau 'co-existence' iaitu hidup orang Islam dan bukan Islam dalam keadaan yang aman dengan memahami pantang larang agama masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Mohamed Azam berkata, kes seperti KK Super Mart menjual stoking tertera kalimah Allah tidak seharusnya berlaku, tambahan pula umat Islam kini berada dalam bulan Ramadan yang mulia. - Foto BERNAMA
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Gunung Ibu meletus, tujuh kampung dipindahkan
Letusan gunung berapi di pulau terpencil Indonesia, Halmahera semalam yang memuntahkan awan abu kelabu ke langit memaksa penduduk tujuh kampung dipindahkan.
[TERKINI] Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Beri lebih peruntukan kepada Selangor
Sany meminta agar kerajaan persekutuan memberikan lebih peruntukan kepada negeri Selangor, khususnya daerah-daerah yang sedang pesat membangun.
Percepat proses, kerja naik taraf jalan persekutuan
Kerja naik taraf yang sedang berjalan di Jalan Persekutuan dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras perlu mempunyai kesinambungan bagi memastikan keselesaan berterusan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.
Serangan kedai serbaneka, MRA gesa percepat siasatan
Pihak berkuasa mesti dibenarkan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.
KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar 'molotov cocktail'
Sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar molotov cocktail.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Stoking tertera kalimah Allah: Dua syarikat termasuk KK Mart didakwa esok
Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd serta pengarah-pengarah syarikat berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Isu stoking: 'Akmal wakili suara umat Islam' - Ab Rauf
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan kelantangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung kontroversi stoking yang tertera kalimah Allah SWT mempunyai asas yang konkrit.
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Stoking tertera kalimah Allah: PM mahu tindakan segera dilaksana ikut undang-undang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan segera diambil mengikut undang-undang ditetapkan berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka baru-baru
Isu stoking tertera kalimah Allah: Armada Bersatu persoal kelewatan siasatan, tindakan
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pihaknya menyokong titah Sultan Ibrahim yang mahu siasatan serta tindakan tegas diambil.