awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah

Bernama
Bernama
07/02/2026
06:30 MYT
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Marhamah berkata, pihaknya akan mendengar laporan terlebih dahulu dari negeri berkenaan sebelum menyusun langkah penyelesaian terhadap masalah yang timbul akibat ajaran sesat. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kerajaan tidak akan mengambil ringan terhadap kewujudan gerakan ajaran sesat di mana-mana negeri, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Marhamah Rosli.

Ringkasan AI
  • Kerajaan memberikan jaminan akan mengambil tindakan serius terhadap kewujudan gerakan ajaran sesat di seluruh negeri, menegaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Marhamah Rosli.
  • Pihak kerajaan akan mendengar laporan terlebih dahulu dari negeri berkenaan sebelum menyusun langkah penyelesaian terhadap masalah yang timbul akibat ajaran sesat.
  • Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, mengesahkan bahawa terdapat lapan gerakan ajaran sesat yang masih wujud namun tidak aktif di Johor, di bawah pemantauan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan laporan terlebih dahulu dari negeri yang terlibat dan membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
"Hal ehwal berkaitan agama ini ia di bawah bidang kuasa negeri dan kita (kerajaan Persekutuan) akan membantu dan menyelaras, jadi berkenaan ajaran sesat ini saya tidak berani cakap lebih-lebih sebab kita perlu ada laporan, kita perlu 'tabayyun'...dengar betul-betul dari pihak negeri apakah yang dialami atau sedang berlaku.
"Kita ada agensi yang bertanggungjawab, insya-Allah agensi berkenaan akan mengambil langkah seterusnya, kita akan respons terhadap isu yang dibangkitkan. Kita tidak akan mengambil ringan perkara ini sebab ia berkaitan dengan akidah," katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Ihya' Ramadan 1447H dan Pelancaran Program Pendidikan YAATIM 2026 di Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan di sini hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata lapan gerakan ajaran sesat dikesan masih wujud namun tidak aktif dan berada di bawah pemantauan rapi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Beliau berkata lapan gerakan utama yang dikenal pasti ialah Hizbut Tahrir, Syiah, Wahabi, Milah Abraham, Si Hulk, GISBH, Qadiani dan The Ahmadi Religion of Place and Light.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ajaran sesat
#Marhamah Rosli
#Kelantan
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan