Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak terlibat dalam penentuan kedudukan tempat duduk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Negara semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selasa lepas.
Perdana Menteri berkata urusan berkaitan kedudukan tetamu dan jemputan ke istiadat itu dikendalikan pihak Istana Negara.
"Saya tidak tahu dan saya tak nampak apa-apa pun, itulah tempat dia kot. Itu istana punya kerja bukan saya," katanya kepada media di sini selepas menghadiri Majlis Jamuan Malam Amal dan pelancaran Tabung Jasamu DiKenang Ex-Kota Bharu Teacher's College, di sini, malam ini.
Dr Mahathir ditanya mengenai dakwaan Najib bahawa beliau tidak dapat hadir ke istiadat itu setelah menerima panggilan pada 6.30 pagi bahawa tempat duduknya yang sepatutnya di tempat ke-10 sebagai bekas perdana menteri mengikut protokol istiadat ditukar pada saat akhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang.
Menurut Najib, pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas perdana menteri tidak sama dan beliau tidak sempat untuk mengambil pakaian istiadat Orang Besar Pahang dari Pekan, Pahang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang Pengerusi Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, dilaporkan berkata tempat duduk Najib pada istiadat itu telah ditetapkan dan tidak dialihkan pada saat akhir seperti didakwa.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS,) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bahawa ahli GPS dijemput oleh beliau untuk mengadakan 'pertemuan rahsia'.
Katanya, memang beliau ada membuat pertemuan dengan pemimpin Sarawak namun enggan memperincikan siapa yang membuat jemputan berkenaan.
" Saya dah jumpa dengan dia (pemimpin Sarawak), tidak ada rahsia pun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 01 2019

MAHATHIR: Saya tidak tahu dan saya tak nampak apa-apa pun.

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 19 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Sarawak luluskan peruntukan RM81 juta bagi tingkatkan fasiliti JPBNS
Kerajaa Sarawak meluluskan dana RM81 juta bagi meningkatkan fasiliti Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak(JPBNS) untuk mengekang penularan COVID-19 di negeri itu.

PKP di seluruh negara, ini lima fokus sidang media Ismail Sabri pada Selasa
PKP dikuatkuasakan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis bermula 22 Januari 2021 dan berakhir pada 4 Februari 2021.

COVID-19: 118 pekerja Pasar Borong KL positif COVID-19
Setakat ini, Pasar Borong KL ditutup sementara waktu bagi tujuan sanitasi.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/33868543831611051788929/1886261_36721284891611051984026_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021
Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

COVID-19: 3,631 kes baharu, 14 lagi kematian dilaporkan
Malaysia mencatatkan empat belas lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini.

COVID-19 | Halimah Mohamed Sadique positif COVID-19
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamad Sadique disahkan positif jangkitan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan, selepas menjalani ujian saringan pada Isnin.

Cerita Sebalik Berita: Inisiatif NEKMAT | Jual hasil laut lebih murah
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

COVID-19: Petugas barisan hadapan, jangan putus harapan - YDP Agong
Seri Paduka Baginda memahami cabaran besar yang diharungi dan amat menyanjung tinggi pengorbanan yang dicurahkan golongan ini demi membendung wabak COVID-19.

Vaksin COVID-19: Kematian warga emas di Norway disebabkan faktor semula jadi - Pakar Kesihatan Awam
Penelitian dokumen ke atas 29 pesakit COVID-19 yang dilaporkan meninggal dunia selepas menerima vaksin Pfizer di Norway mendapati kebanyakan daripada kematian itu disebabkan faktor semula jadi.

YDP Agong dan Ebit Liew bertemu, bantu mangsa banjir Pahang
"Terharu sebak sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin di Temerloh" - Ustaz Ebit Liew

Perutusan Tahun Baharu: Agong nasihat jaga SOP dan kurangkan ketegangan politik
Baginda turut menzahirkan agar Malaysia sentiasa dirahmati nikmat keamanan dan perpaduan meskipun dilanda pelbagai ujian terutamanya pandemik COVID-19.

Agong zahir penghargaan semua ahli Dewan Rakyat sokong Belanjawan 2021
Al-Sultan Abdullah dalam satu kenyataan mengalu-alukan sokongan yang telah diberikan bagi kelulusan Belanjawan 2021 untuk menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat.

Agong zahir takziah kepada keluarga Mohamad
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak dan Olimpian negara, Datuk Mohamad Bakar.

Belanjawan 2021: Agong berkenan terima menghadap Menteri Kewangan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin AlMustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Al-Sultan Abdullah zahir ucapan tahniah kepada Cikgu Sam
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa suka cita dan bangga atas dedikasi serta usaha murni guru Bahasa Inggeris dari Sekolah Kebangsaan Runchang di Muadzam Shah, Pahang itu.

Raja-Raja Melayu zahir penghargaan Agong pilih adakan rundingan
Kenyataan itu dikeluarkan susulan Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang diadakan di Istana Negara pada Ahad.

Tiada darurat: Titah Agong perlu menjadi penegasan, pengajaran - Khaled Nordin
Titah baginda itu perlu menjadi penegasan dan pengajaran yang mematangkan semua pihak.

Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong
Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menghargai keyakinan baginda terhadap keupayaan kerajaan menangani COVID-19.

Identiti penumpang helikopter di Istana Negara akhirnya terjawab
Helikopter yang dilihat tiba pada 3.05 petang itu sebenarnya dinaiki oleh Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Al-Sultan Abdullah.