Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat agar memahami keadaan kewangan kerajaan ketika ini berhubung isu tol lebuh raya.
Meskipun menerima pelbagai reaksi diterima berhubung isu tersebut, pengambilalihan empat lebuh raya seperti yang diumum kerajaan minggu lepas ialah langkah bagi membantu rakyat.
“Kecaman rakyat akan datang kerana kita (kerajaan) tidak hapuskan tol. Tapi rakyat mesti faham, walaupun (rakyat) tidak bayar tol, kerajaan bayar tol daripada duit rakyat. Akhirnya rakyat membayar (tol) walaupun melalui kerajaan.
“Kerajaan kena beli lebuh raya, itu duit cukai dikutip daripada rakyat. Dan jalan mesti diperbaiki sepanjang masa, mesti dibelanja kerajaan, bukan syarikat.
"Ini bermakna sebahagian cukai kita kutip mesti diguna untuk menyelenggarakan jalan. Bermakna kerajaan akan kekurangan wang untuk lain-lain projek perlu,” jelas Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pandangan serta reaksi segelintir rakyat berkenaan waktu tol percuma yang dilaksanakan.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan proses pengambilalihan empat lebuh raya di Lembah Klang dari Gamuda Berhad membabitkan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.
Turut diperkenalkan caj kesesakan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari.
Manakala tol percuma pada waktu luar puncak antara jam 11 malam hingga 5 pagi.
Fareez Azman
Mon Feb 25 2019
DR MAHATHIR: Walaupun (rakyat) tidak bayar tol, kerajaan bayar tol daripada duit rakyat. -Astro AWANI
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Malaysia dijangka tarik lebih banyak aliran masuk asing daripada pewarisan harta di Asia bernilai AS$1.9 trilion - SC
Malaysia dijangka dapat menarik lebih banyak aliran masuk asing dengan jangkaan pewarisan harta yang lebih besar daripada golongan berusia kepada generasi lebih muda di Asia.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak.
Serangan ke atas pemain bola sepak: Polis diminta pertingkat kawalan keselamatan
Polis diminta pertingkat tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku, malah kepada semua yang terlibat.
Pemberian subsidi adalah langkah betul bagi ringankan beban rakyat - Pakar ekonomi
Nungsari berkata pengumuman tersebut munasabah, tetapi pada masa yang sama ia akan memberi kesan kepada keadaan kewangan kerajaan.
Isu tol: Fahami keadaan kewangan kerajaan - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat agar memahami keadaan kewangan kerajaan ketika ini.
Jabatan Khas Jenayah Alam Sekitar tidak sesuai ditubuhkan ketika ini - KPN
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata walaupun idea itu baik, namun pelbagai aspek lain seperti soal kekangan kewangan kerajaan juga perlu diambil kira dalam melaksanakan apa-apa cadangan.
Kenaikan tangga gaji, gaji minimum RM1,200 untuk penjawat awam mulai 1 Julai
Najib berkata kenaikan itu bukti kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.