awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tular: 'Murid dibenar pakai pakaian tradisi' - KPM

Sinar Harian
Sinar Harian
21/09/2023
11:13 MYT
Isu tular: 'Murid dibenar pakai pakaian tradisi' - KPM
KPM menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian yang bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. - Gambar hiasan/ Sinar Harian
PUTRAJAYA: Pemakaian pakaian tradisi mengikut kaum ketika aktiviti kebudayaan dan kesenian yang melibatkan murid di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah dibenarkan.
KPM menerusi kenyataan memaklumkan ia selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1984: Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan di Sekolah-Sekolah yang membenarkan murid memakai pakaian tradisi bersesuaian dan sopan sewaktu menghadiri aktiviti kebudayaan serta kesenian.
"Merujuk kepada isu tular yang dilaporkan oleh beberapa portal berita, pihak sekolah terbabit telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bersama wakil ibu bapa dan murid," kata kenyataan itu pada Khamis.
Sebelum ini, portal berita melaporkan sebuah sekolah di Selangor didakwa tidak membenarkan pelajar India memakai sari bagi menghadiri sambutan merdeka.
Pelajar India yang memakai 'tali suci' di pergelangan tangan mereka juga diarahkan supaya menanggalkannya.
Tambah kenyataan itu, penambahbaikan kepada penganjuran aktiviti yang dirancang telah dilakukan oleh pihak sekolah dan isu yang berbangkit dapat diselesaikan dengan baik.
"Murid-murid sekolah terbabit dibenarkan untuk memakai pakaian tradisi mengikut kaum masing-masing dan pakaian tradisi kaum lain," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, kebenaran juga diberi kepada murid untuk memakai hiasan tambahan seperti gelang, rantai dan aksesori mengikut kesesuaian pakaian tradisi.
"KPM sentiasa menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian yang bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia," kata kenyataan itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#murid sekolah
#pakaian tradisi
#murid India
#SARI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan