IPOH: Usaha Perak FC untuk mendapatkan kembali khidmat dua pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos dan Rainderson Da Costa bagi mengharungi baki saingan Liga Super pada musim ini, tidak kesampaian apabila kedua-dua pemain nekad meninggalkan pasukan itu.
Pengurus Besarnya Azman Noh berkata rundingan telah diadakan dengan kedua-dua pemain itu namun persetujuan gagal dicapai ekoran tunggakan gaji selama tiga bulan yang masih belum dilunaskan oleh pihak Perak FC.
"Pada mulanya, kita ingatkan punca mereka tarik diri disebabkan isu visa ahli keluarga mereka yang tidak diperbaharui dan tertangguh sejak enam atau tujuh bulan lepas. Bila perkara itu telah diselesaikan oleh pihak Perak FC, kita ingatkan mereka bersetujulah untuk kembali pada pasukan.
"Namun rupanya, mereka tetap tidak mahu kembali. Alasan yang diberi adalah mereka sedang menunggu keputusan peguam mereka di United Kingdom untuk meneruskan saman terhadap kelab disebabkan tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini, Ketua Jurulatih Perak FC Chong Yee Fat dilaporkan berkata dua pemain tengah, Leandro dan Rainderson telah meninggalkan pasukan itu melalui surat penamatan kontrak yang dihantar kepada pihak pengurusan kelab pada 26 Julai lalu.
Bagaimanapun dengan kemerosotan aksi Perak FC dalam saingan liga, pihak pengurusan kelab berjanji untuk berusaha memujuk kedua-dua pemain berkenaan kembali ke pangkuan pasukan.
Selain itu, Azman berkata pada ketika ini beliau sangat kecewa dengan kelibat empat daripada lima pemain import yang ditandatangani kelab memandangkan mereka tidak memberi sebarang nilai tambah dan hanya menjadi 'penumpang' dalam pasukan.
"Kita menghadapi masalah daripada sudut karenah dan sikap pemain itu sendiri terutama dua pemain dari Lubnan Jad Noureddine dan Samir Ayass. Asalnya kita minta mereka beraksi dengan Perak FC II untuk tengok aksi mereka, tapi mereka berkeras tidak mahu untuk ikut latihan dan bagi alasan cedera.
"Lagi dua pemain import, Zoubairou Garba (Cameroon) dan Ghislain Guessan (Ivory Coast) langsung tiada kualiti. Aksi mereka lebih teruk dan tidak setanding dengan pemain tempatan termasuk yang berada dalam pasukan Perak FC II," katanya sambil menambah beliau tidak terlibat dalam pengambilan pemain import berkenaan.
Dalam pada itu, katanya nasib Perak FC juga terus dirundung malang apabila tiga pemain tempatan yang ditandatangani sebelum ini iaitu Azhar Apandi, Mohd Syamin Baharuddin dan Mohd Aizzat Maidin Koty tidak dapat beraksi hingga akhir musim berikutan kegagalan kelab untuk mendaftarkan mereka dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
"Saya dimaklumkan kesilapan berpunca daripada kegagalan pihak kelab menyertakan sijil perpindahan mereka sebagai dokumen yang perlu dihantar ke MFL," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021
Dilaporkan Leandro dan Rainderson telah meninggalkan pasukan itu melalui surat penamatan kontrak yang dihantar kepada pihak pengurusan kelab pada 26 Julai lalu.- Gambar fail
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman tujuh hari.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pramusim: Perak FC benam Geylang di Ipoh
Meskipun terlalu awal untuk menilai, namun keputusan malam tadi pasti menggembirakan 2,060 penyokong Perak yang hadir ke stadium.
Geylang FC uji keserasian skuad Perak FC
Yusri berkata, kehadiran beberapa pemain baharu menyaksikan persaingan sengit para pemain untuk mengisi kesebelasan utama.
Perak hampir pasti tidak sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Bobie berkata, pihaknya tidak berupaya membuat persiapan pasukan kerana kurang tajaan dan sokongan kewangan daripada MSN Perak.
Penjaga gol JDT sah sertai Perak
Kehadirannya ke Perak FC mempunyai misi tersendiri selain mahu membantu pasukan baharunya itu mengharungi musim baharu dengan lebih baik.
Belum ada kata putus venue Perak FC
Kerajaan negeri akan berbincang dengan semua pihak berkaitan bagi menentukan venue terbaik untuk perlawanan Liga Super itu.
Kanybekov sah milik Perak FC
Perak FC memperkenalkan tonggak import baharu berusia 21 tahun itu kepada penyokong pada Karnival Pelancaran Jersi 'Home' malam tadi.
Yusri tidak tahu mengenai hijrah 'Messi' ke Perak FC
Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir.