awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geylang FC uji keserasian skuad Perak FC

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/03/2024
03:50 MYT
Geylang FC uji keserasian skuad Perak FC
Yusri Che Lah. - Foto Facebook Perak FC
IPOH: Kelab ternama Singapura, Geylang International FC (Geylang FC) akan menguji keserasian barisan 24 pemain Perak FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium Perak di sini, malam ini.
Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berkata, kehadiran beberapa pemain baharu menyaksikan persaingan sengit para pemain untuk mengisi kesebelasan utama.
Menurutnya, perlawanan persahabatan itu merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan untuk melihat kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki.
Di samping itu, katanya, perlawanan itu juga untuk melihat tahap kecergasan pemain selepas memulakan latihan tiga minggu lalu.
"Kita ada dua skuad untuk main esok (malam ini) bagi saya menilai tahap keyakinan mereka pada perlawanan pertama yang sukar melibatkan sebuah pasukan yang kuat," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar menjelang perlawanan Perak FC dan Geylang International FC di Stadium Perak malam tadi.
Yusri berkata, perlawanan persahabatan itu juga sebahagian persiapan untuk mengharungi Liga Super musim ini.
Bobie Farid (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Leonard (dua, kanan) selepas sidang akhbar menjelang perlawanan Perak FC dan Geylang International FC di Stadium Perak malam tadi. - Foto Facebook Perak FC
Bobie Farid (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Leonard (dua, kanan) selepas sidang akhbar menjelang perlawanan Perak FC dan Geylang International FC di Stadium Perak malam tadi. - Foto Facebook Perak FC
Sementara itu, Geylang FC tekad untuk memberi persembahan terbaik biarpun pertemuan di Stadium malam ini sekadar perlawanan persahabatan.
Pengurus Geylang FC, Leonard Koh, berkata, mereka memandang serius perlawanan itu dan berharap pulang dengan kejayaan.
"Perak FC mempunyai reputasi tinggi dan pemain Geylang turun dengan azam meraih kejayaan, kami akan memberi tentangan sengit," katanya.
Pengurus Geylang itu sedar pertemuan itu tidak mudah bagi pasukanya kerana bertemu pasukan berpengalaman.
Topic Berkaitan
#perlawanan persahabatan
#Perak FC
#Geylang FC
#Yusri Che Lah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan