IPOH: Perak FC memberi laungan awal bakal bangkit menjadi antara pasukan yang digeruni musim ini selepas mudah menjinakkan Geylang International FC dari Singapura 3-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa pramusim di Stadium Perak, malam tadi.
Meskipun terlalu awal untuk menilai pasukan 'baharu' kendalian Yusri Che Lah itu, namun keputusan malam tadi nyata pasti menggembirakan 2,060 penyokong Perak yang hadir ke stadium.
Yusri pada sidang media selepas tamat perlawanan malam tadi berkata walaupun pasukannya mencatat kemenangan, namun ia bukan penanda aras pasukan yang dibentuk berada pada tahap terbaik dan masih terdapat kelemahan serta ruang yang perlu diperbaiki.
“Objektif utama untuk menguji pemain beraksi di tahap yang lebih tinggi dan lebih mencabar khususnya pemain tempatan dan import baharu. Mungkin kita akan rombak lagi kerana masih berbaki tiga lagi perlawanan persahabatan pramusim. Apa yang saya ingin lihat kombinasi serta keserasian antara pemain baharu,” katanya.
Beliau pada masa sama turut memuji persembahan anak buahnya dalam persiapan pasukannya menghadapi saingan liga yang dijadualkan pada 10 hingga 12 Mei depan.
Skuad The Bos Gaurus yang berada di kedudukan 11 selepas tamat saingan Liga Super 2023 dengan mengutip 22 mata dilihat lebih 'bernafsu' musim ini apabila menjadi antara pasukan yang paling rancak membawa masuk ramai pemain baharu bagi mengisi kelompongan dalam pasukan.
Pasukan yang popular dengan jolokan Kejor Yeop Kejor itu setakat ini berjaya mengikat sembilan pemain baharu termasuk tiga pemain import dan dikhabarkan hanya menunggu seorang lagi pemain import untuk melengkapkan pasukan.
Dalam aksi perlawanan persahabatan malam tadi tuan rumah berjaya memecahkan benteng pelawat seawal minit ketujuh menerusi pemain tunggal skuad Piala Malaysia 2018, Firdaus Saiyadi disusuli gol kedua Perak FC oleh Muhammad Harith Akif pada minit ke-33 menerusi sepakan penalti.
Keputusan 2-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama dan bersambung babak kedua, Perak terus menekan Geylang dan hasilnya pemain import mereka Adilet Kanyabekov merembat deras untuk jaringan ketiga pada minit ke-66 sebelum pengadil perlawanan Mohammad Faizal Talib meniupkan wisel penamat.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Geylang Mohd Noor Ali menyifatkan pasukan tuan rumah lebih berkualiti terutamanya dalam melancarkan serangan bertali arus ke kubu Geylang.
“Mereka mempamerkan perlawanan yang berintensiti tinggi atau tempo permainan pantas, sama sahaja sama ada masa pertama ataupun masa kedua perlawanan, ia bagus untuk kami dapat perlawanan seperti ini.
“Saya berpuas hati dengan persembahan anak buah saya malam ini walaupun kita tidak bermain dengan dua import kita namun secara keseluruhan kita akan perbaiki persembahan kita seterusnya,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Muhammad Harith Akif meraikan jaringan gol penalti ketika separuh masa pertama pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa pramusim antara Perak FC dan Geylang International FC di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pau Marti tak panik Harimau Malaya hilang tonggak
Pau Marti Vicente berkata skuad kebangsaan memiliki ramai pemain berkebolehan yang mampu memikul tanggungjawab.
Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.
Piala AFF 2024: Aguero tekad raih tempat dalam skuad Harimau Malaya
Selepas tewas dalam dua perlawanan persahabatan bulan lepas, Aguero bersemangat untuk membantu Malaysia bangkit dengan matlamat memperbaiki ranking pasukan.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
Vicente optimis peluang Harimau Malaya menentang New Zealand
Pau Marti Vicente yakin pasukannya mampu mencipta sejarah dengan meraih kemenangan pertama ke pasukan All Whites di halaman lawan.
Vicente puji persembahan Harimau Malaya ketika seri menentang Auckland FC
Vicente memuji anak buahnya kerana mempamerkan persembahan yang baik ketika mencatatkan keputusan seri menentang Auckland FC.
Tiga muka baru perkuat Harimau Malaya berdepan New Zealand
27 pemain menerima panggilan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan antarabangsa menentang New Zealand.
Harimau Malaya bakal bertemu India pada November
Pasukan bola sepak Malaysia akan bertandang ke India untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang pasukan negara itu pada 19 November ini.
MB Selangor, Kedah bakal 'berentap' petang ini
Difahamkan, ia merupakan pertembungan yang julung kali diadakan buat kedua-dua figura hebat itu dalam usaha merapatkan ukhuwah.
Duarte diharap selesai masalah penyudah tumpul Sabah FC - Kim Swee
Ketumpulan penyudah yang dialami Sabah FC sebelum ini menghalang Sabah FC daripada memperoleh keputusan positif dalam beberapa perlawanan.