awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu UM: Latar belakang penceramah jemputan perlu diselidik - Mustapha Sakmud

Bernama
Bernama
25/04/2024
21:30 MYT
Isu UM: Latar belakang penceramah jemputan perlu diselidik - Mustapha Sakmud
Mustapha berucap pada majlis penutup pameran 'Defence, Security and Sustainability 2024' di Dewan Zulfaqar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, 25 Apr 2024. - Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi
KUALA LUMPUR: Institusi Pengajian Tinggi tempatan perlu menyelidik secara mendalam latar belakang setiap penceramah jemputan supaya tiada permasalahan timbul selepas itu, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.
Beliau berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang kekangan untuk mengadakan forum atau ceramah di Institusi Pengajian Tinggi.
"Apa yang kita mahu supaya universiti menyelidiki dulu, siapa penceramah tersebut. Kita tidak mahu apa yang berlaku di UM (Universiti Malaya) ini terjadi kembali.
"Kerana ini akan menjejaskan imej pelbagai pihak termasuk universiti itu sendiri. Contohnya, kita boleh menyelidik penceramah tersebut melalui media sosialnya dan mampu menilai kecenderungannya ke arah mana," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup pameran 'Defence, Security and Sustainability (DSS) 2024' di Dewan Zulfaqar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) semalam.
Pada Rabu, tular di X berhubung kehadiran pensyarah Bruce Gilley yang pro-Zionis dalam satu program di Universiti Malaya, yang dimuat naik sendiri oleh profesor sains politik tersebut.
Bagaimanapun, perkara itu mendapat kecaman rakyat Malaysia sebelum hantaran itu dipadam oleh Gilley, yang turut memberitahu dirinya telah meninggalkan Malaysia semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penceramah jemputan
#universiti malaya
#Mustapha Sakmud
#IPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan