KUALA LUMPUR: Isu berkaitan undi pos bagi penduduk tinggal jauh dari pusat pengundian berdaftar khusus bagi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta perancangan kerajaan dalam membangunkan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan antara perkara akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, soalan berkaitan undi pos itu diajukan Datuk Rozman Isli (Warisan-Labuan) pada sesi soal jawab yang mahu Perdana Menteri menjelaskan sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbang untuk membenarkan pengundian pos dalam merangka prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang lebih berkesan pada PRU15.
Sementara itu, Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) akan mengajukan soalan kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berhubung perancangan kementerian dalam usaha untuk membangunkan industri EV tempatan memandangkan industri itu semakin berkembang dan diterima di seluruh pasaran dunia.
Turut tersenarai, soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) yang turut meminta Perdana Menteri menyatakan apakah keperluan mendesak mengenai cadangan mewujudkan Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 yang akan melibatkan tambahan perbelanjaan berbanding menambah baik fungsi kecekapan dan keberkesanan NADMA yang sedia ada.
Selain itu, pertanyaan mengenai pendirian kerajaan dalam mewujudkan hubungan dengan kerajaan Afghanistan yang ditadbir pihak Taliban serta bentuk hubungan tersebut termasuk bantuan yang ingin diberi akan dibangkitkan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) kepada Menteri Luar.
Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) pula bertanyakan Perdana Menteri mengenai perancangan kerajaan dalam mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi pada 2025 dengan pendapatan isi rumah mencapai RM10,000 sebulan seperti yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Selesai sesi tersebut, persidangan akan bersambung dengan sesi menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja melibatkan lapan lagi kementerian didahului dengan Kementerian Kesihatan.
Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022
Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
PRK Nenggiri: SPR keluarkan 41 kertas undi pos, tiada hari mengundi awal
Ia terdiri daripada 41 undi pos Kategori 1A (petugas pilihan raya dan anggota polis), dan dua undi pos Kategori 1C (agensi dan organisasi).
SPR keluar 128 kertas undi pos PRK Sungai Bakap
Kesemua anggota polis terlibat dalam PRK ini telah dikeluarkan kertas undi pos. Oleh itu, tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada 2 Julai nanti.
PRK KKB: PN seolah sedar awal mereka akan tewas di KKB - Amirudin
Perikatan Nasional (PN) seolah-olah sudah mengaku kalah apabila membangkitkan soal petisyen tiga hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.
PRK Kemaman: Tiga pengundi awal tunaikan tanggungjawab hari ini
Ketiga-tiga pengundi akan menunaikan hak mereka di pusat mengundi Balai Polis Kijal bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari.
PRK Kemaman: Polis, tentera, undi pos mulai hari ini, undi awal hanya libatkan tiga pengundi
Kesemua 387 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan enam anggota tentera yang layak mengundi awal, 28 Nov ini bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman mengundi secara pos, bermula hari ini.
SPR keluar 744 kertas undi pos bagi PRK Kemaman
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 744 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak untuk mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
PRK Pelangai: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada 3 Okt ini - SPR
Tiada pusat mengundi awal bagi PRK DUN Pelangai akan dibuka pada 3 Okt ini berikutan kesemua anggota polis telah dikeluarkan kertas undi secara pos.
PRK Johor: PN mendahului undi pos DUN Simpang Jeram
PN mendahului kiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram melalui undi pos.
Undi pos rakyat Malaysia di Singapura kurang memberangsangkan
Setakat ini, hanya dua kertas undi diterima namun berharap jumlah itu akan bertambah pada hari terakhir penyerahan iaitu malam esok.
PRK: SPR keluarkan 304 kertas undi pos Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
SPR telah mengeluarkan 304 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, semalam.