PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menyarankan agar Jabatan Bantuan Guaman tidak hanya menumpukan perkhidmatannya terhadap kes jenayah sebaliknya perlu turut memainkan peranan dalam kes lain.
Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) di sini hari ini.
"Kita kena membuat perubahan dasar pada elemen berkaitan bantuan perundangan sivil dan bantuan perundangan jenayah... setakat ini, bantuan perundangan jenayah peranannya dimainkan oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan," katanya.
JBG diwujud bagi memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971 dan melaluinya, rakyat kurang berkemampuan berpeluang mendapatkan perkhidmatan pada kadar lebih rendah daripada pihak kerajaan sebagai alternatif kepada yang ditawarkan oleh peguam swasta.
Bidang kuasa JBG meliputi perkara seperti nasihat dan bantuan guaman dalam perihal prosiding (litigasi) jenayah serta sivil, kekeluargaan sivil dan kekeluargaan syariah.
Azalina juga berkata Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen yang dijangka dibentang dalam masa terdekat bakal memberikan takrifan baharu kepada elemen pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.
"Maknanya Parlimen itu akan bersifat dalam struktur lebih bebas walaupun pelaksanaannya mengambil masa tetapi pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta (Perkhidmatan Parlimen) ini adalah langkah pertama.
"Harapan saya, akta itu akan menjadi kenyataan tahun ini," katanya.
Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diperkenal bagi membuka jalan kepada Dewan Rakyat bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih petugas dan mengawal perbelanjaannya namun ia telah dimansuhkan pada 1992.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
AZALINA: "Kita kena membuat perubahan dasar pada elemen berkaitan bantuan perundangan sivil dan bantuan perundangan jenayah." - Gambar fail
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Bekas hakim, peguam swasta dilantik jadi pengantara bagi proses mediasi - Azalina
Khidmat bekas hakim dan peguam diperlukan untuk dilantik sebagai pengantara bagi menjalankan proses mediasi di Jabatan Bantuan Guaman (JBG).