awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Kesihatan Kelantan sah penduduk Kampung Chedok diarah jalani saringan COVID-19

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
14/01/2021
13:08 MYT
Jabatan Kesihatan Kelantan sah penduduk Kampung Chedok diarah jalani saringan COVID-19
Dr Zaini mengesahkan pihaknya sedang menjalankan ujian saringan di kampung berkenaan. - Gambar/ Media sosial
KOTA BHARU:Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahkan semua penduduk di Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah, di sini diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19, pada Khamis.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Husin, berkata pihaknya sedang menjalankan ujian saringan di kampung berkenaan.
"Kita tidak dapat berkongsi sebarang maklumat lanjut buat masa ini," katanya ringkas pada Khamis.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan penduduk kampung berbaris panjang menunggu giliran untuk melakukan ujian saringan COVID-19.
Saringan membabitkan semua penduduk itu dikatakan dilakukan selepas beberapa kes positif COVID-19 dikesan membabitkan perantau yang pulang ke kampung.
Kelantan pada Khamis mencatatkan 85 kes positif COVID-19 baharu dengan keseluruhan kes positif COVID-19 direkodkan kini sebanyak 1,649 kes.
Secara keseluruhan, sebanyak 18 kluster turut direkodkan di Kelantan dengan satu kluster baharu iaitu kluster Bukit Bakar diisytiharkan semalam.
Topic Berkaitan
#saringan
#COVID-19
#kampung
#kampung chedok
#Tanah Merah
#Kelantan
#perantau
#positif
#jabatan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan