awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Kesihatan P. Pinang periksa 55 premis jual arak dipercayai mengandungi metanol

Bernama
Bernama
22/06/2019
12:03 MYT
Jabatan Kesihatan P. Pinang periksa 55 premis jual arak dipercayai mengandungi metanol
AFIF: Siasatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri juga mendapati semua arak yang dipercayai mengandungi metanol dibuat sendiri oleh sindiket memproses arak sebelum diisi dalam botol arak.
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang merampas 77 tin dan 20 botol arak pelbagai jenama yang disyaki diseludup masuk ke dalam negara kerana didapati tiada permit cukai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, dalam pemeriksaan keatas 55 premis yang dipercayai menjual arak yang mengandungi metanol sejak bulan Mei lepas sehingga hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata tujuh notis saman bernilai RM12,800 dikeluarkan sepanjang operasi pemeriksaan itu.
Beliau berkata siasatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri juga mendapati semua arak yang dipercayai mengandungi metanol dibuat sendiri oleh sindiket memproses arak sebelum diisi dalam botol arak, dan ada juga arak-arak berkenaan didapati dijual di premis-premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing.
"Arak itu dipercayai dibuat sendiri, dan kemudiannya dijual dengan harga murah iaitu sekitar RM10. Malah ia juga dipercayai diisi semula menggunakan botol arak seludup," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Hari Keselamatan Makanan Sedunia, di sini hari ini.
Beliau berkata 15 sampel arak pelbagai jenama juga telah diambil untuk diperiksa bagi mengenal pasti kandungannya.
Sebelum ini, enam lelaki termasuk dua warga tempatan dilaporkan maut akibat keracunan metanol selepas mengambil minuman keras dipercayai buatan sendiri dalam kejadian sejak bulan April sehingga 11 Jun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afif Bahardin
#arak
#arak buatan sendiri
#jabatan kesihatan
#metanol
#pulau pinang
#racun
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan