Jabatan Laut Malaysia (JLM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian sebuah feri penumpang milik syarikat Ferry Line Venture yang terkandas di beting pasir di muara Kuala Perlis di sini, malam tadi.
Pengarah JLM Wilayah Utara Kapten Abdul Samad Shaik Osman berkata pihaknya akan menyiasat secara terperinci bagi memastikan punca sebenar kejadian termasuk mengambil kira kesalahan mungkin dilakukan nakhoda feri.
"Siasatan awal mendapati feri terbabit tidak mengikut laluan boya yang ditetapkan dan tersasar dari laluan asal, kita juga akan mengenal pasti kenapa dan mengapa nakhoda kapal itu bertindak demikian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, pagi ini.
Katanya, ada boya (penanda arah di tengah laut) yang sepatutnya dilalui oleh feri-feri yang akan masuk ke terminal feri di sini.
Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, feri bersama 432 penumpang dan 12 kru terkandas lebih enam jam ekoran feri dinaiki tidak dapat meneruskan perjalanan.
Turut hadir meninjau penumpang yang terkandas ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.
Sementara itu, Pengurus Operasi Ferry Line Venture, Baharin Baharom berkata pihaknya menghubungi pasukan penyelamat dan memberikan makanan serta minuman kepada penumpang.
Pihaknya juga menyediakan hotel, pengangkutan bagi penumpang yang akan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur termasuk memberi ganti rugi kepada mereka, kata Baharin.
Beliau berkata pihaknya turut memohon maaf kepada semua penumpang dan memberitahu kes seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 21 2018
JLM akan menyiasat secara terperinci bagi memastikan punca sebenar kejadian termasuk mengambil kira kesalahan mungkin dilakukan nakhoda feri. - Foto Twitter/@bernamadotcom
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Jabatan Laut siasat kejadian feri terkandas
Jabatan Laut Malaysia (JLM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian sebuah feri penumpang milik syarikat Ferry Line Venture yang terkandas di beting pasir di muara Kuala Perlis di sini