awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN

Bernama
Bernama
23/01/2025
12:13 MYT
Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Razarudin berkata kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 Jan lepas. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 Jan lepas.
"Kertas siasatan (PDRM) dikembalikan semula (bagi menunggu laporan forensik yang masih belum siap)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Polis sebelum ini membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 terhadap Khairy, berhubung kenyataannya mengenai kewujudan dokumen tambahan membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.
Susulan itu, keterangan daripada Khairy yang juga bekas menteri kesihatan dirakam pada 13 Jan oleh pegawai polis daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Studio Keluar Sekejap, di Bukit Damansara dekat sini.
Pada 10 Jan, Datuk Suraya Yaacob iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nor Azrina Surip yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, telah membuat laporan polis terhadap Khairy, masing-masing di Putrajaya dan Sentul.
Menerusi salinan laporan polis berkenaan, Suraya dan Nor Azrina mendakwa kenyataan dikeluarkan Khairy yang mengaitkan dua menteri berkenaan adalah tidak benar, memburukkan menteri, mengelirukan dan menimbulkan perasaan tidak senang serta suasana panik dalam kalangan rakyat hingga berkemungkinan boleh menggugat keamanan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#PDRM
#Peguam Negara
#laporan forensik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan