awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan penjara benar lawatan keluarga sempena perayaan Tahun Baharu Cina

Bernama
Bernama
13/01/2023
06:24 MYT
Jabatan penjara benar lawatan keluarga sempena perayaan Tahun Baharu Cina
Seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga dan lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu.- Foto FB Penjara Kajang Selangor
KUALA LUMPUR: Keluarga kepada penghuni penjara termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney dibenar melawat sempena sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina.
Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan keutamaan lawatan diberi kepada penghuni kaum Cina sahaja yang ditetapkan pada 24 dan 25 Jan manakala kaedah perjumpaan secara dalam talian bermula pada 26 hingga 28 Jan.
"Keluarga yang memilih kaedah bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat berikut seperti waktu lawatan yang bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang.
"Mereka juga perlu membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan," menurut kenyataan itu.
Selain itu, pelawat diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan bagi memudahkan urusan serta tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni.
Dalam pada itu, seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga dan lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu.
"Terdapat tiga kaedah tempahan janji temu iaitu melalui sistem i-Visit menerusi laman web www.prison.gov.my, panggilan telefon di institusi berkenaan dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjara
#lawatan keluarga
#Jabatan Penjara
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan