awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Penjara benarkan lawatan keluarga sempena Deepavali

Bernama
Bernama
21/10/2022
06:41 MYT
Jabatan Penjara benarkan lawatan keluarga sempena Deepavali
Jabatan Penjara memberi kebenaran kepada keluarga untuk melawat penghuni penjara terutamanya yang beragama Hindu pada 26 dan 27 Okt ini sempena perayaan Deepavali. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara memberi kebenaran kepada keluarga untuk melawat penghuni penjara terutamanya yang beragama Hindu pada 26 dan 27 Okt ini sempena perayaan Deepavali pada Isnin ini.
Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan tarikh berkenaan ditetapkan bagi semua institusi penjara termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.
Menurut kenyataan itu, selain kaedah perjumpaan secara bersemuka, keluarga penghuni penjara juga boleh melakukan lawatan secara dalam talian bermula 29 hingga 31 Okt ini.
"Keluarga yang memilih kaedah bersemuka perlu mematuhi syarat antaranya waktu lawatan bermula 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan membuat ujian RT-PCR atau RTK-Ag dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan.
"Seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga," menurut kenyataan itu.
Jabatan Penjara juga memaklumkan pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat oleh ahli keluarga menerusi tiga kaedah iaitu melalui sistem i-Visit dalam laman web: www.prison.gov.my, panggilan telefon di institusi berkenaan dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan.
Kenyataan itu memberitahu orang ramai boleh menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan maklumat institusi boleh didapati menerusi www.prison.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Deepavali
#Jabatan Penjara
#Sekolah Henry Gurney
#lawatan secara dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan