awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing

Bernama
Bernama
06/07/2024
02:40 MYT
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara. - Foto IPP Batu Maung
MERSING: Jabatan Perikanan Johor mengeluarkan amaran mengenai kehadiran sejenis hidupan laut gastropoda berbahaya yang dikenal pasti sebagai Petropoda (Creseis Acicula) khususnya di perairan daerah ini.
Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan kehadiran Petropoda yang berasal dari perairan tropika dan subtropika dikesan pasukan penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang di kepulauan itu, pada 11 Jun lepas.
"Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
"Moluska (haiwan berbadan lembut tidak bertulang) ini mempunyai sengat yang boleh menyebabkan keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik," katanya dalam hantaran di laman Facebooknya, pada Khamis lepas.
Menurut kenyataan itu, kesan berkenaan mempunyai kaitan dengan tindak balas hipersensitif pada bahagian kulit manusia dan perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya terkena sengatan.
"Kita akan memantau kehadiran Petropoda sehingga situasi selamat dan pada masa sama ingin menasihati orang ramai agar menjauhi aktiviti berkaitan air, ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petropoda
#hidupan laut
#peningkatan suhu
#perubahan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan