awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Perikanan tidak jumpa paus Humpback

Bernama
Bernama
04/12/2019
11:58 MYT
Jabatan Perikanan tidak jumpa paus Humpback
Ke mana perginya paus itu jika dakwaan itu benar? - Gambar hiasan
Jabatan Perikanan masih belum menemui paus mirip spesies Humpback yang didakwa muncul di perairan Batu Malang, Teluk Senangin di sini, sejak Sabtu lepas.
Ketua Cawangan Mamalia Marin Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata kali terakhir nelayan mendakwa melihat paus itu adalah pada pagi Isnin di perairan antara Teluk Senangin dan Pulau Pangkor.
Bagaimanapun, katanya, operasi pencarian sejak Isnin lepas tidak menemui mamalia tersebut yang dikatakan pertama seumpamanya ditemui di perairan semenanjung Malaysia.
"Kita cari untuk melihat keadaannya sama ada sihat atau tidak atau sekiranya ada tersangkut pukat pada badannya untuk kita bantu yang sepatutnya, namun gagal," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Mohd Tamimi berkata selain lokasi yang didakwa nelayan melihat kehadiran paus itu, pihaknya turut meluaskan kawasan pencarian sehingga ke perairan Pantai Remis dan Pulau Pangkor.
"Ikan paus itu dipercayai masih hidup kerana jika sudah mati pasti bangkainya akan terdampar di sini dan mungkin ia bergerak mengikut arus untuk mencari makanan," katanya.
Mohd Tamimi berkata pihaknya juga masih menjalankan siasatan bagi menentukan kesahihan rakaman video tular menunjukkan ikan paus yang dipercayai masih muda itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#batu malang
#jabatan perikanan
#paus humpback
#perairan negara
#teluk senangin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan