awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Veterinar Sarawak terima RM3 juta, beli vaksin rabies

Rohana Wahed
Rohana Wahed
26/08/2018
08:54 MYT
Jabatan Veterinar Sarawak terima RM3 juta, beli vaksin rabies
Kelvin turut berharap isu peruntukan bekalan vaksin ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak. - Gambar fail
Isu kelewatan peruntukan membeli bekalan vaksin kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak selesai apabila sejumlah RM3 juta disalurkan untuk tujuan tersebut.
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen ketika ditemui pada Ahad mengesahkan bahawa peruntukan tersebut telah diterima sebagai bantuan segera bagi membiayai bekalan vaksin.
"Ketika di Parlimen, saya telah mengemukakan usul kecemasan memohon bantuan segera daripada Kerajaan Persekutuan dan reaksi mereka adalah dengan memberikan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk bantuan segera.
"Malah menteri bertanggungjawab turut memberi jaminan bahawa jika masih terdapat keperluan, beliau akan membawa perkara tersebut ke Kabinet," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.
Kelvin turut berharap isu peruntukan bekalan vaksin ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Dalam pada itu, menurutnya usaha menangani wabak rabies di Sarawak adalah tanggungjawab bersama dan bukan diletakkan di bahu Jabatan Perkhidmatan Veterinar semata-mata.
Beliau menggesa pemilik anjing agar segera mendapatkan suntikan vaksin antirabies untuk anjing peliharaan mereka bagi mengekang wabak itu terus menular.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Bandar Kuching
#Dr Kelvin Yii Lee Wuen
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#peruntukan
#rabies
#Sarawak
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan