JOHOR BAHRU: Greater Johor Bahru dicadangkan supaya diletakkan sebagai kawasan metropolitan kedua negara selepas Lembah Klang kerana Wilayah Iskandar itu disifatkan mampu menjadi pemangkin untuk kemajuan ekonomi negara.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, Greater Johor Bahru sepatutnya diberikan sumber dan sokongan dasar yang mencukupi.
Menurut beliau, satu perubahan penting dalam pemikiran ialah Kerajaan Persekutuan perlu mengakui bahawa jika terdapat mana-mana bahagian dalam negara berkembang dengan baik seperti Johor Bahru, hasilnya sudah pasti memberi manfaat kepada seluruh negara.
"Justeru, terdapat keperluan untuk melihat Greater Johor Bahru sebagai wilayah metropolitan kedua negara.
"Wilayah ini besar dan menarik pendatang ekonomi dari Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri utara dan timur, yang berpindah mencari peluang yang lebih baik sama ada di Johor Bahru atau Singapura.
"Apabila Greater Johor Bahru dilihat dengan cara yang berbeza daripada ibu negeri lain, sumber dan sokongan dasar boleh diarahkan untuk memenuhi keperluan pembangunan manusia seperti sekolah, hospital, fasiliti penjagaan, serta keperluan ekonomi lain.
"Kerusi Parlimen saya iaitu Iskandar Puteri dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, kedua-duanya terletak di Greater Johor Bahru. Saya dapat melihat dengan jelas keperluan untuk lebih banyak sumber untuk pembangunan manusia dan sosial," katanya dalam artikel bertajuk 'My Say: Greater Johor Bahru as the second metropolitan region' yang disiarkan The Edge.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menambah, perancangan semasa ketika ini tidak mengambil kira jumlah besar pendatang ekonomi Malaysia yang berkumpul di wilayah berkenaan.
Ujar beliau, lebih banyak sumber sepatutnya digerakkan untuk menyediakan pengangkutan awam yang baik terutamanya perkhidmatan bas dan laluan air.
"Satu pelan induk pengangkutan untuk Greater Johor Bahru dengan mengambil kira trafik lintas sempadan sepatutnya digunakan.
"Kemunculan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura, yang dijadualkan siap pada 2027 adalah permulaan yang baik agar perjalanan harian lebih mudah.
"Tetapi usaha lebih sepatutnya dilakukan untuk memudahkan pemeriksaan Imigresen dengan penggunaan teknologi terkini dan lebih pantas," kata Chin Tong.
Jelas beliau lagi, dengan lebih banyak jaringan pengangkutan, firma-firma boleh mendirikan perniagaan di Greater Johor Bahru dan pada masa yang sama kekal menjalankan urus niaga di Singapura.
Apabila lebih banyak perniagaan menempatkan sebahagian operasi mereka di Greater Johor Bahru, Chin Tong berkata ini secara tidak langsung menjimatkan kos operasi dan membayar pekerja mereka sekurang-kurangnya dua pertiga daripada gaji di Singapura.
"Ini akan membantu mengubah struktur upah di Greater Johor Bahru, dengan lebih banyak majikan perlu membayar upah yang lebih tinggi secara menyeluruh.
"Apabila lebih ramai pekerja Malaysia dibayar dengan lebih baik di Johor, kurang yang perlu bekerja di Singapura, manakala penggunaan di Greater Johor Bahru akan berkembang melalui integrasi dan penduduk yang mempunyai pendapatan yang lebih baik," katanya.
Greater Johor Bahru merangkumi bandar-bandar utama di sekitar Wilayah Iskandar Malaysia yang merangkumi bandar raya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan sebahagian daerah Kluang.
Wilayah Metropolitan Iskandar Malaysia merupakan salah satu pusat pertumbuhan ekonomi utama negara ini dan telah menjadi tumpuan pelabur, pengusaha, dan penduduk dalam beberapa tahun terakhir.
Kawasan ini terkenal dengan pelbagai projek pembangunan seperti Projek Iskandar Malaysia, yang mencakupi pembangunan hartanah, industri, pelancongan, dan infrastruktur.
Kawasan ini juga telah menjadi tumpuan utama pelabur antarabangsa, terutamanya dari Singapura, kerana kedudukannya yang strategik berhampiran sempadan dengan Singapura dan akses yang baik melalui pelbagai pengangkutan.
Hasimi Muhamad
Tue Sep 05 2023

Chin Tong berkata bagi mencapai matlamat tersebut, Greater Johor Bahru sepatutnya diberikan sumber dan sokongan dasar yang mencukupi - Foto/BERNAMA

MARDI jalankan penyelidikan tanaman bawang, kurang kebergantungan bawang import
Tiga varieti bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2, dan BAW-3 telah dilancarkan baru-baru ini
Tumpuan Khamis - 28 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Parlimen bukan 'Brahmin', Parlimen milik rakyat
Sebagai sebuah badan legislatif, Parlimen tidak boleh bersifat seperti 'Brahmin' dan menganggap rakyat sebagai golongan bawahan.

Ops Khas Motosikal: 14,780 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal - JPJ
Sebanyak 14,780 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, sepanjang Ops Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur yang dilaksanakan sejak 1 Sept hingga hari ini.

Banjir pulih sepenuhnya di Perlis, jumlah mangsa meningkat di Kedah
Banjir di Perlis telah pulih sepenuhnya, namun jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan peningkatan setakat 8 malam ini.

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.
10 Berita Pilihan - (27 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kuasa legislatif berperanan bantu kukuhkan hubungan diplomasi Malaysia
Parlimen Malaysia sebagai bidang kuasa legislatif turut mempunyai peranan besar dalam memperkukuh dan menyuburkan hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar.

JPJ Perak keluarkan 10,568 saman dalam operasi khas motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 10,568 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula awal bulan ini.

Iran lancar satelit Noor-3 ke orbit di tengah ketegangan dengan AS
Bahagian aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah melancarkan Noor-3 menggunakan roket Qassed.

Jadikan Greater Johor Bahru wilayah metropolitan kedua selepas Lembah Klang - Chin Tong
Wilayah Metropolitan Iskandar Malaysia merupakan salah satu pusat pertumbuhan ekonomi utama negara ini dan telah menjadi tumpuan pelabur, pengusaha, dan penduduk dalam beberapa tahun terakhir.

Johor akan galak PBT guna kenderaan elektrik pada masa hadapan
Penggunaan kenderaan elektrik selaras dengan usaha kerajaan negeri ke arah masyarakat rendah karbon.