awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS tunggu keputusan MoF sambung kontrak MotoGP Malaysia

Bernama
Bernama
29/10/2025
10:41 MYT
KBS tunggu keputusan MoF sambung kontrak MotoGP Malaysia
Hannah berkata, KBS perlu terlebih dahulu mengemukakan maklumat terperinci mengenai aspek penganjuran kepada MOF bagi pertimbangan lanjut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung permohonan melanjutkan kontrak penganjuran MotoGP Grand Prix Malaysia yang akan tamat tahun depan.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik bagi memperbaharui kontrak tersebut dan akan mengemukakan maklumat terperinci kepada Kementerian Kewangan.
"Saya sudah bertemu pihak Dorna Sports (pemegang hak komersial perlumbaan) dan menyatakan hasrat kerajaan untuk memperbaharui kontrak tersebut.
"Bagaimanapun, Kementerian Kewangan lazimnya memerlukan data bagi memastikan perbelanjaan menganjurkan MotoGP bukan sahaja berbaloi, malah mampu memberikan pulangan ekonomi kepada negara.
"Seperti yang kita tahu, penganjuran MotoGP membuka banyak peluang pekerjaan. Tahun lepas, kira-kira 4,000 orang mendapat manfaat daripadanya. Tahun ini pula, jualan tiket melebihi 90 peratus, manakala pembelian tiket oleh pelancong asing turut meningkat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja meninjau projek naik taraf Kompleks Sukan Raja Muda bagi pembangunan Akademi Sepaktakraw Malaysia di Kampung Baru, di sini, hari ini.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Azhan Shariman Hanif memaklumkan pihaknya kini berada pada peringkat akhir rundingan bersama Dorna Sports berhubung tempoh kontrak baharu penganjuran GP Malaysia.
Menurutnya butiran lanjut mengenai tempoh kontrak, sama ada untuk lima tahun terus atau dalam format 3+2, hanya akan diumumkan selepas mendapat kelulusan rasmi.
Penganjuran MotoGP GP Malaysia 2025 yang berakhir Ahad lepas mencatat kehadiran lebih 190,977 penonton sepanjang tiga hari acara berlangsung di SIC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#motogp malaysia
#KBS
#MOF
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan